Tuesday, May 10, 2011

Andrea Buat Aku Jadi Gila Seharian

Di dalam bas aku membacanya, nafas jadi tertahan, aku terkejut, lalu serta-merta tersenyum di helaian lain. Sambung lagi dengan membaca di atas jejantas, aku tersenyum-senyum sebentar kemudian dada jadi sebak, berhenti, aku tutup buku. Aku sudah di rumah, di dalam bilik, aku baca, aku sesak dada, aku baca lagi, aku lega, lalu aku tersenyum melebar sendirian. Aku peluk dan aku baringnya perlahan-lahan di atas meja. Ia tersenyum padaku. Aku terharu. Aku puas. Aku bersemangat. Dumm! Aku tumbuk meja.Ah, Andrea buat aku jadi gila seharian!

Dwilogi Padang Bulan terlalu merakyat, yang membuat aku lapang dada tetapi di laman lain ia membuat aku tersumbat nafas. Dimulai dengan sebuah kejutan yang tidak disangka-sangka menimpa Syalimah, hingga mengubah kehidupan Enong; dari budak sekolah kepada tidak sekolah, dari budak tidak sekolah menjadi pendulang timah perempuan pertama. Kisah Enong ini membuat mataku berkaca-kaca di banyak halaman, simpati. Namun, akhirnya Enong menjadi inspirasi, semangat belajar, semangat melawannya di medan catur, medan buat mengubah kehidupannya menjadi Maryamah Karpov!

Buku Besar Peminum Kopi, Detektif M. Nur, Paman, Selamot, Jose Rizal, Samseng Pendek, Midah dan banyak lagi watak yang menghiburkan dan menggilakan. Begitu juga dengan A Ling, sampai aku tertanya, apakah A Ling itu isteri Ikal saat ini?

Sayang, kegilaan ini--tersenyum dan tersedu seorang diri--hanya dinikmati oleh saya sendiri. Adik saya, juga penggemar novel tidak meminati novel sebegini, dia hanya minat novel alaf 21 sahaja dan seangkatan dengannya.

*Ini bukan ulasan buku.

8 comments:

ainul02 said...

novel ini tentang apa..bleh bg ulasan atau sinopsis nivel ni x???
novel alaf 21 dah x berapa best sbb jlan cerita lebih kurang sama...bg pedapat sy la...

Isma Ae Mohamad said...

Novel ini Dwilogi Padang Bulan-Cinta di Dalam Gelas karya Andrea Hirata sambungan tetrologi LASKAR PELANGI... Cuba baca Laskar Pelangi dulu...

aidura sofiee said...

salam.

Anda tidak berseorangan.

Akak juga amat menyukai karya-karya Andrea Hirata berbanding novel cinta picisan yang berlambak di pasaran.

Norziati Mohd Rosman said...

Takutlah nak baca kalau jadi gila

:p

Isma Ae Mohamad said...

Mesti Kak Aidura tersenyum seorang diri..:)

Kak Norziati,mak saya dah tegur,'gapo gok duk senyum-senyum seorang tu...'

Unknown said...

Saya pun tengah baca novel ni.. Kalau setakat senyum takpe.. Saya ni sampai ketawa terbahak-bahak dalam LRT.. Dah bab akhir cinta dalam gelas..

Paling suka perbualan detektif M. Nur dengan ikal melalui Jose Rizal..

Nges.. Nges.. haha

Siti Rahmah Kamarudin said...

saya pun baca buku ni duk gelak sorang2 dalam LRT. Mesti orang ingat saya ni bengong agaknya.

Anonymous said...

Ah si Andrea! Memang penulis penuh khayalan, imaginasi dan semangat yang tersembunyi. Laskar Pelangi sudah cukup membuktikan. Saya pun kecanduan sama tulisannya.