Tuesday, January 4, 2011

Mengembara ke Negeri Jin, Jinnistan


Di akhir tahun 2010 keingintahu tentang dunia sufi begitu membuak-buak,ia tidak dapat ditahan lagi. Untuk itu saya menyelongkar, dan menekun beberapa karya tentang sufi oleh orientalis barat, The Heritage of Sufism, jilid satu, selepas itu sebuah buku yang tentang ''Sisi Gelap Dunia Sufi'', sebuah buku yang menentang dunia kesufian, juga saya membaca Rabiatul Adawiyah karya Zahiruddin Zabidi dan terakhir saya bertemu dengan novel karut ini, Master of the Jinn, oleh Irving Karchmar, yang dianggap sebagai novel sufi. Khabarnya novel ini mendapat sanjungan di peringkat antarabangsa.

Melalui buku-buku diatas saya mendapat banyak pencerahan seterusnya menjawab kekeliruan saya tentang sufi; siapa yang sebenarnya sufi; siapa sebenar gila; siapa sebenar sesat?Untuk persoalan ini saya akan menulis sebuah entri lain, insya-Allah akan datang.

Master of Jinn ini awal-awal lagi telah membuatkan saya mahu melempar novel ini ke dinding.Kerana penulis buku ini telah mendidikasikannya kepada Javad Nurbakhsh iaitu gurunya atas terbitnya novel ini. Sedangkan saya cukup tercabar bila Javad Nurbakhsh mengatakan Husayn Mansur al-Hallaj adalah terompet Allah dalam kata pengantarnya di The Heritage of Sufism jilid satu.Ini amat bertentangan dengan apa yang saya diajari Hallaj adalah sufi sesat. Ya, saya juga jadi tercabar bila membaca buku Louis Massignon orientalis Perancis dalam mengangkat sisi Hallaj sebagai hero atau syahid!Tetapi saya tahan, saya baca dan terus membaca.

Dan saya yakin watak Guru Sufi dalam novel ini adalah Dr Javad Nurbakhsh sendiri pengasas terekat sufi Nikmatilahi yang bermukim di London, beliau meninggal tahun 2008 yang lalu.Oleh itu Irving Karchmar dengan leluasa dapat memperincikan watak Guru Sufi ini dengan baik sekali, terasa ia dekat dengannya.Terasa watak Ishaq itulah penulis itu sendiri.

Cerita kerohanian ini bermula begini, bila Guru Sufi didatangi tiga orang Yahudi, Prof Freeman, Simach dan Rebecca bagi membongkar teka-teki yang terkandung dalam sebuah artifak kuno yang dijumpai Simach. Oleh kerana Guru Sufi ini menguasai ilmu cukup tinggi, Guru Sufi ini dapat mentafsir akan artifak kuno tersebut sebagai, Cincin Nabi Sulaiman yang dapat menguasai dunia jin dan punya tujuan sendiri.

Untuk membongkar rahsia cincin itu mereka Guru Sufi, tiga anak murid termasuk Ishaq sebagai pencatat perjalanan, Simach, Prof. Freeman, Rebecca dan dibantu oleh seorang tua misteri telah mengembara melewati negeri jin, Jinnistan.Kerana mereka merasa mendapat ''wasiat'' Nabi Sulaiman untuk menyelesaikan permasalahan di negeri jin melalui penemuan artifak kuno itu.

Mereka berhadapan dengan Raja Jin, Baalzeboul, akhirnya raja Jin itu tunduk pada Guru Sufi dan beliau menjadi iman solat buat bangsa Jin, setelah bangsa Jin sudah lama tidak solat.Tetapi jin Ifri ingkar, tidak mahu mengikut dan berlakulah pertembungan.

Kadang-kadang rasa nakal membaca pengembaraan mereka, di setengah tempat mereka begitu sakti melepas sekatan dan halangan tetapi ketika kembara di padang pasir mereka menaiki landrover buruk, saya jadi terfikir, jika sang Guru Sufi itu hikmat mengapa tidak terbang saja terus ke negeri jin!...haha.

Secara keseluruhannya saya dapat merasai wacana pluralisme yang dijuangi penulis novel ini; menyamakan semua agama!

Ada beberapa sedutan menarik perhatian saya dalam novel ini, antaranya;

“One day, while King Solomon was walking alone in the royal garden, he came upon Azrael, the Angel of Death, who was pacing back and forth with a most worried expression. Solomon knew well the face of the Deadly Servant, for with the sight given unto him he had seen Death often, hovering over battles, or in the tents of the ill and wounded. When Solomon asked what troubled him, the Angel sighed, saying that he had on his list of those destined for the next world two scribes of Solomon, the brothers Elihoreph and Alijah.

“Now Solomon was grieved at the thought of losing his scribes, for he had known them since childhood and loved them like brothers. So he ordered the Jinn to carry Elihoreph and Aljah to the fabled city of Luz, the only place on earth where Death has no power. Instantly the Jinn did as he commanded, but the two scribes died at the very moment they reached the gates of that city.

“The next day Azrael appeared before Solomon. The Angel of Death was greatly pleased and said, ‘I thank thee, O King, for speeding thy servants to the place appointed. The fate destined for them was to die at the gates of that far city, but I had no idea how they were to travel so great a distance.’

Hahaha

“Now the King wept exceedingly, torn between sorrow and wrath at the death of his friends and the inescapable doom of men. And Azrael wondered greatly at this. ‘Why do you weep, O Lord of the World?’

‘For the long friends of my youth who are with me no more,’ said the King. ‘Have you no pity for those whose life you end?’

‘Pity?’ exclaimed Azrael scornfully. ‘You weep for the loss of their companionship. Your true sorrow is for yourself, and your wrath is truly self-pity. Alas, it has darkened your wisdom. Death is the most sublime gift of God, distilling from this life of fleeting joys and many sorrows that single drop which is the soul. Of such wine, O King, is poured the Sea of Light. Praise Allah that I, who am to you the Angel of Death, am in truth the Angel of Mercy.’“

Master of The Jinn: A Sufi Novel

Oleh Irving Karchmar

3 comments:

mudin001 said...

reviu yang menarik, buku ini masuk list buku2 yang tak perlu dibaca.

:)

Faizah Roslaini said...

kalau mahu mengembara ke negara jin, Advencer Si Peniup ney oleh FT pun sudah memadai.

Setakat ini, novel 'sufi' (apakah definisi ini?) yg saya pernah baca adalah 'The Forty Rules of Love' oleh Elif Shafak. Alhamdulillah OK. tak perlu jin2 untuk cerita fasal Rumi dan sahabatnya itu.

Isma Ae Mohamad said...

tapi novel ini ditulis mengikut perspektif barat tentang sufi dan dunia Jin..

*Saya tak baca lagi Advencer si peniup ney..