Monday, November 22, 2010

Menjadi Muslim

Setiap kali cuti musim panas, dia ke laut.Bekerja sebagai penangkap ikan moden di Alaska.Hasilnya dia mendapat pendapatan yang lumayan, beribu-ribu.Tapi ia memperoleh pelajaran di luar di kampus yang lebih menarik iaitu belajar dri kekuasaan dan keindahan alam semulajadi--badai, angin,hujan,ombak,air,dan petir--semuanya menunjukkan kekerdilan manusia dan berharap pada satu kekuasaan bila digoncang kuasa alam di laut agar selamat.

Namun pelajaran itu tidak berguna bila kaki sudah di pantai.Tulisnya"...namun apabila kita selamat kembali ke pantai, kita berlagak seolah-olah kita tidak berapa tahu tentang kewujudan-Nya,seolah-olah pada detik itu, kita gila atau tidak sedar siapa kita.Tidakkah kita berasa malu memikir detik-detik apabila kita bersuka-ria?"

Pengalaman di atas menjadi titik tolak buat seorang lelaki barat bernama Keller atau sekarang lebih dikenali Nuh Ha Mim Keller untuk memula pengembaraan mencari tuhan yang sebenar setelah kekecewaan menyelubunginya selama menuntut di universiti Katholik seorang barat yang antara individu yang kisahnya dirakam dalam buku ini, Liku-Liku Pencarian Nur Islam oleh Sulaiman Dufford yang juga seorang barat.

Sungguh kisah-kisah yang dikumpul oleh Saudara Sulaiman Dufford sedikit sebanyak membuka mata kita, Islam Baka tentang saudara baru dari Barat yang kebanyakkan berpendidkan tinggi.Islam ditemu oleh mereka ini dengan pelbagai cara. Adakalanya tidak terlintas oleh difikiran kita.Betapa Allah maha besar. Maha mengetahui.

Membaca kisah mereka membuat saya kerdil dan malu pada diri sendiri.Apa yang aku telah lakukan selama ini?

Liku-Liku Pencarian Nur Islam

Sulaiman Dufford
Institut Terjemahan Negara Malaysia
Harga 25.00

4 comments:

Nora Isma Fuad said...

as salam.. kedengarannya bagus sekali.. nanti kak akan dapatkan buku ini juga.

Buku Isma pun masih di rak (akan beri prioriti untuk baca) sebab tentulah tidak berguna jika tidak membacanya.


salam,

kak nora

aidura sofiee said...

salam.

Isma, akakpun dah baca buku ni.

Sungguh menyentuh rasa membaca pengalaman dan kesungguhan mereka dalam mencari hakikat tuhan yang sebenar iaitu Allah SWT, subhanallah.

Isma Ae Mohamad said...

Kak Nora,
:)kena baca..yang selalu dengar tentang proses pengislaman seperti dia bermimpi bertemu itu ini, tapi dalam buku ini bukan itu yang di tulis..rupanya banyak sebab mereka tertarik dengan Islam yang tak terfikir oleh kita.

Kak Aidura,
sebab itulah saya jadi malu pada diri sendiri..

Unknown said...

Wah sangat menarik buku ni.. Kena baca ni..