Wednesday, November 10, 2010

Bila Belek-belek Kamus

A.

Bila belek-belek Kamus Thai-Melayu Dewan terus tiba-tiba datang bergema di telinga suara-suara kanak-kanak bersama-sama menyebut--KhorKhai,KhoKhai, KhoKuwot,KhoKuwaii,KhoKhun,KhoRakkang,NgoNgu,ChorChan,ChorChing,ChorChing,ShoShun dan seterusnya--sambil mata mengikut rentak tangan guru bergerak-- bermula dari foto seekor ayam bapak,telur,botol,kerbau dan seterusnya.Akhirnya sang guru semakin puas hati mendengar sebutan anak-anak muridnya, semakin hari semakin baik bunyinya, semakin aksen Melayu anak-anak muridnya semakin hilang.


Kanak-kanak itu semuanya terdiri daripada baka Melayu itu bila pulang sekolah mencerita pula kepada ibubapanya apa yang diajar pada hari ini.Ibu pun mendengar dengan teliti sebutan dan hafalan anaknya kadang-kadang membetul, ''Dengar baik-baik, bukan Ku tapi Kho....Khonuhu.''Dan si ibu juga membetul tangan-tangan anaknya supaya dapat meliuk-liuk mengikut rentak huruf yang berpulas-pulas itu.Ibu tidak putus asa, ''Cuba lagi, lama-lama makin comel.''

Saat ini saya rasa mahu menangis, sangat sentimental.

B.

Bila menatap Kamus Thai-Melayu Dewan teringat akan susah payahnya saya menerangkan kepada ayah, beberapa perkataan Melayu. Sungguh sukar masa itu, saya sendiri tidak faham. Tetapi oleh kerana saya belajar sekolah di Malaysia, saya selalu dijadikan tempat rujukan untuk kejelasan. Ayah saya sangat suka membaca kitab-kitab agama dan juga terjemahan al-Quran. Oleh kerana terjemahan adalah mengguna Bahasa Melayu moden menyebabkan ayah tidak faham beberapa perkataan.

Kata ''KONSEP'' adalah antara perkataan yang sukar untuk saya terangkan untuk ayah faham.Ayah memahami ia adalah ''KONSERT''.

8 comments:

pn noor arbaiah said...

Ceritalah lagii..!

Isma Ae Mohamad said...

tunggu saya tulis novel seterusnya..:)

Za said...

Assalamualaikum,

Tahniah, Tuan Isma Ae. Tuan sudah punya rentaknya. Buktikan walau tuan tidak dapat diterima masuk ke universiti namun ianya tidak akan menghalang tuan daripada menjadi seorang pengarang, pengarang yang menulis dari hati dan penulis rakyat.

Nota: Saya pulang ke kampung Pasir Pekan raya haji sudah dan baru mengetahui tuan bekerja tidak jauh dari rumah saya dan Pok Jak itu adalah pak cik sepupu saya juga ;). Insya-Allah, bila balik lagi saya mahu berjumpa tuan.

Zahiruddin Zabidi said...

Assalamualaikum,

Tahniah, Tuan Isma Ae. Tuan sudah punya rentaknya. Buktikan walau tuan tidak dapat diterima masuk ke universiti namun ianya tidak akan menghalang tuan daripada menjadi seorang pengarang, pengarang yang menulis dari hati dan penulis rakyat.

Nota: Saya pulang ke kampung Pasir Pekan raya haji sudah dan baru mengetahui tuan bekerja tidak jauh dari rumah saya dan Pok Jak itu adalah pak cik sepupu saya juga ;). Insya-Allah, bila balik lagi saya mahu berjumpa tuan.

ainul02 said...

seriously...bila baca majalah, akhbar dan sebagainya...sy x pernah ambik tahu siapa yg menulis cerita itu...bila sy terbaca 1 majalah itu...sy begitu tertarik dgn cerita yg dikarang...menarik...sy ternampak nama awak disitu dan sy rasa itu adalh awak...

Isma Ae Mohamad said...

:D
Wl'kum..salam.

Insya-Allah, datang saja rumah Hj Halim, bila cuti Pasir Pekan, itu masa gulai.:)

Ainul,
Baca majalah apa?:)

Isma Ae, hanya satu-satu warga Thai yang menulis dengan media Malaysia setakat ini, saya la tu..haha

ainul02 said...

hahaha....dewan masyarakat..its about thai story...

Anonymous said...

As'kum Isma Ae

Semalam saya terserempak dengan blog saudara semasa membuat pencarian berkenaan kamus Melayu Thai, langsung terleka membaca beberapa tulisan saudara. Memang ianya mempunyai rasa dan jiwa. Di Bangkok saya ada beberapa org kawan yang hatinya juga antara dua negara. Semoga Isma Ae terus maju dan mara!