Wednesday, February 24, 2010

Impian Tertunda Rohaida

Eeee...... geramnya aku, lebih kurang Geram Aku Pada Maamih. Kali ini 'geram' aku pada Rohaida Abdul Rahman, penjual sebuah gedung membeli belah di Kota Bharu.

Rohaida; perempuan genit, ayu, bertudung nipis,periang, mempunyai jelingan yang nakal yang boleh menggoda lelaki.Beliau seorang janda beranak satu, suaminya telah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.Lalu beliau pulang kembali ke kampung di Kelantan dan bekerja untuk menyara keluarganya sendiri. Mujur, gaji di Kota Bharu sampai RM800 tidak termasuk yang tambah-tambah.Sedangkan yang lain hanya bergaji RM300-RM400.

Dan, Rohaida yang 'kesunyian' ini masih mencari-cari teman hidupnya baru.

Itulah Rohaida yang diceritakan oleh Karim Raslan melalui eseinya yang disiarkan pada 4 Mac 2004 di The Star, dan kini telah dibukukan, Ceritalah 3: Impian Malaysia Yang Tertunda.

Menurut Karim, Rohaida antara perempuan yang menjadi mangsa akan ketegasan kerajaan negeri pimpinan Tok Guru Nik Aziz dengan memperkenalkan beberapa enakmen yang dilihat mengekang Rohaida mencari jodoh.

''Memanglah saya mahu seorang pasangan hidup. Tetapi susahlah. Banyak yang tidak boleh. Macam manakah saya nak bertemu sesiapa?Ketat sangat undang-undang tempatan sampai adakalanya saya terlalu kecewa dan marah. Anda tidak boleh berkereta ke mana-mana, tidak boleh bertemu pada waktu malam. Hanya boleh berbual melalui telefon-- umur saya sudah 30 tahun!. Satu malam saya pernah melawat teman lelaki di bilik hotelnya--tetapi saya dihalau --ah, karut betul.'' Luah Rohaida seperti dirakam Karim.

Rohaida yang pernah berkerja di Lembah Klang melihat dirinya terlalu dikongkong, berbanding kaum sejenisnya di KLCC bebas dan beliau cemburu dengan mereka itu. ''Sedangkan saya perlu berwaspada agar tidak ada orang yang kenal melihat saya tidak bertudung. Memang tidak adil sungguh!''
Geram aku pada Karim. Memang tidak adil Karim. Yang membesar-besar impian tertunda Rohaida.Bagaimana dengan impian tertunda Kak Yana, penjual kain di Pasar Siti Khadijah, yang tertanya-tanya bilakah kerajaan Kelantan akan melaksanakan hukum syariah sepenuhnya? Beliau hari-hari bimbang dengan masalah sosial yang menjadi-jadi.Beliau pernah mencadangkan dengan marah-marah; lelaki dan perempuan bukan muhrim yang 'berdakap' di atas motorsikal patut ditangkap dan disebat ditepi jalan.

Karut sungguh Karim Raslan: seorang jurnalis sindiket yang paling aku minati meskipun acapkali dia membuatkan aku naik geram membaca cerapannya yang nakal itu: dan seorang penulis yang mampu bercerita dengan baik mengikut kaedah gaya kewartawanan baru.
Moga Rohaida mendapat lelaki yang baik(ada lagikah lelaki yang baik?).



ISBN:
9789673035250
Author:
Karim Raslan
Publisher:
Marshall Cavendish
Year:
2009
Number of page:
292
Price:
RM34.90
P/s: Untuk pembaca perempuan, 'geram' yang saya guna itu bukan bermaksud mahu memukul.Tapi geram lain. Contoh, geram kita pada bayi atau sesuatu kecil atau comel.

Tuesday, February 23, 2010

Aku Loya


"Aku loya dengan keadaan ini. ''Tulis Irshad Manji ketika membela pelaku gay dan lesbian dalam bukunya, Beriman Tanpa Rasa Takut.

Aku pun jadi loya juga. Anda pun mungkin 'loya' membacanya. Baca bukunya, Faith Without Fear terjemahan di disini ( MALAY ).

Sunday, February 7, 2010

Encik Lim Guan Eng

Dalam beberapa hari ini, beberapa MELAYU marah-marah padanya. Kemuncaknya dua hari lepas, MELAYU berkumpul, menyanyi dan bersorak-marah di bawah pejabatnya:MELAYU yang diketuai Ibrahim Ali.

Dan rasa marah MELAYU itu ada dimana-mana; diakhbar Melayu, di TV Melayu dan radio Melayu.Jujurnya, ia bukanlah perkembangan yang menyihatkan Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Hingga menerbitkan rasa bimbang sekurang-kurangnya di kalangan teman-teman saya( penyokong muda Pas): bimbang perasaan rasisme dan cauvanisme bagai subur dibajai; bimbang masa depan pakatan(ketika pemimpinnya sibuk bergelut dengan kes liwat), serta bimbang kalau-kalau liwat itu benar-benar terjadi(kata mereka,kita orang Pas yang akan malu besar-- harapnya tidak).
Baru saya sedar tengah-tengah kebimbangan rakan saya itu, saya tidak begitu mengenali Lim Guan Eng, subjek yang mencetus rasa marah MELAYU itu. Hanya bila menyebut kes lampaunya bersabit Rahim Thamby Chik, itu sahaja yang saya tahu dan sinonim dengannya.Untuk itu saya membaca buku ini, Lim Guan Eng, Dari Penjara ke Tampuk Kuasa pada pagi tadi.Memang agak terlambat buat buku yang terbit tahun 2008.Baru tahu, dia dilahir di JB tahun 60-an.

Sebelum itu lama dahulu, kira-kira tahun 2004 saya membaca buku ayahnya, Encik Lim Kit Siang, Time Bombs in Malaysia yang terbit tahun 70-an dahulu.Masa itu ada banyak hal yang membuatkan kurang senang dengan apa yang ditulis ayahnya itu, terutama berkaitan dengan bahasa Melayu setelah SPM diperkenalkan.Mungkin, Encik Lim juga seperti Dr M melihat masa telah berubah: apa yang mereka tulis dulu tidak semestinya terpakai hari ini.Harapnya begitu.

Buku yang disusun Wan Hamidi Hamid sudah tentu dibangun dengan mencedok dari pelbagai sumber media.Barangkali cara pembangunannya ini, sesuai untuk orang seperti saya yang tertinggal membaca atau terlepas pandangan mengenainya ketika mengulit media hari-hari lalu.Dan baik rasanya beberapa petikan mengenainya dibaca kembali untuk dinilai pada hari ini dan akan datang.

Petikan Pertama.

Ia diceritakan Mohamad Sabu ketika melawatnya mula-mula beliau menjawat Ketua Menteri Pulau Penang di Harakah.''Di rumah dia biasa sahaja dengan 'seluaq katok.'Bila saya lihat keadaan rumah yang berusia tempat dia tinggal, saya tanya dia, kenapa tidak pindah ke rumah rasmi ketua menteri. Guan Eng jawab,''Susahlah, kalau nak pindah kena perbaiki. Teraksa belanja sampai 300 ribu. Takkan saya nak belanja duit rakyat sampai 300 ribu untuk kepentingan saya.''

Petikan Kedua.

''Di zaman-zaman inilah saya mulai kenal lebih ramai rakyat Malaysia pelbagai kaum.Saya mula sedar bahawa sifat perkauman antara kaum yang ditanam oleh pemimpin-pemimpin politik yang suka cara 'pecah dan perintah' demi mengekal kuasa mereka telah menjalar dalam minda kebanyakkan rakyat kita.'' Imbau Lim Guan Eng berdasarkan pengalaman pada tahun akhir 80-an dan awal 90-an.

Petikan Ketiga.

''Apabila saya ingin mengenali hikmah Umar Abdul Aziz saya digelar 'kurang ajar' oleh Ahli Parlimen UMNO tetapi apa salah sekiranya seorang bukan Islam hendak belajar teladan baik pemimpin Islam atau seorang Islam.''

Dan petikan itu seperti yang saya katakan, untuk dinilai Lim Guan Eng hari ini dan akan datang. Saya hanya pembaca buku yang terlewat.Saya juga MELAYU.Tapi saya MELAYU lain.
LIM GUAN ENG
dari penjara ke tampuk kuasa
Wan Hamidi Hamid
Refsa

Wednesday, February 3, 2010

Awardee

Baru saya perasan Hadiah Sastera Perdana Malaysia setelah membaca entri ini, (Hadiah sastera nasional perlu lebih teratur, sempurna ) ,rupa-rupanya anugerah itu masih hidup. Sangkakan ia sudah lama mati. Tiada langsung hebahan tentangnya, baca-baca sudah pun keluar keputusan dan anugerah itu telah disampaikan, atau saya ini yang tidak dengar berita, mungkin.

Melihat kepada senarai pemenangnya, ada saya bersetuju dan ada saya tidak bersetuju. Ada buku yang menang itu tidak patut menang. Saya pernah menyesal beli buku itu.''Kalaulah aku beli Kekasih Sam Po Bo lagi baik,'' begitulah saya pernah mengeluh sesal satu ketika dahulu.Tapi masalahnya mungkin orang akan kata, takkan Faisal Tehrani menang lagi.

Setuju atau tidak itu perkara biasa.Yang menjadi soal adalah kelangsungan anugerah buku di Malaysia. Sedang negara jiran seperti Indonesia tetap dengan tiga angerah prestif dianjur secara konsisten setiap tahun dengan Jakarta Art Counsel Novel Competition, Khatulistiwa Literary Award dan Adhikarya Ikapi Award.

Dan Thailand konsisten dengan awardee, SEA Write Award(saya setuju ia makin hilang seri), Burapha Awardee( semacam Pulitzer Prize kerana lebih kepada kewartawanan) dan Anugerah Buku Nasional Thai( yang jika memenangi boleh terjual lebih seratus ribu).

Terkejut, di Jepun wujud hampir 50 anugerah yang berkait dengan buku dan penerbitan.

______________________________________

Sedikit Tentang Filem Thai. Saya Minat Filem Dokumentari



a) Filem Dokumenteri ''Citizen Juling'' saya suka lihat covernya.





















b)The Convert.
Saya berhajat mahu tonton filem dokumentari kontroversi ini tentang murtad yang melibatkan Islam dan Buddha di Thailand.










Mungkin saya akan beralih ke layar TV.Insya-Allah.


Monday, February 1, 2010

Bahasa Thai, bahasa ibunda?

ล่ารักนักรบมาไซ ( The White Masai )
ผู้แต่ง : โครินเน ฮอฟมันน์
ผู้แปล : วิภาดา กิตติโกวิท
ราคา : 350 บาท

Bila baca buku saya agak berat menghadam mengikut cara bahasa orang putih. Sukar hendak 'masuk.'Kalau 'masuk' pun tidak terasa nikmat atau sakitnya.Oleh kerana itu saya agak suka melayannya dalam bahasa ibunda.

Masalahnya penerbit Melayu agak lembap bekerja, terlalu lambat menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu buku yang bagus dan berisi.

Dan oleh kerana itu, baik layan ikut selera bahasa Thai, terasa lebih dekat dan bersahabat.

Aik, bahasa Thai sudah jadi bahasa ibunda kau?