Wednesday, August 12, 2009

Mimpi Anak-anak Petani

Para petani suka berharap pada sesuatu yang belum pasti, tidak salah.Namun, mereka suka bersandar janji pula dengannya: harap-harap hasil tahun ini melimpah, moga-moga dapat beli itu, dapat bayar ini.

Salah?

Mereka juga mudah terpesona dengan janji-janji pemerintah, begitu juga mudah hanyut dengan hujah pembangkang:''Kita ini pengeluar beras utama dunia. Tetapi mengapa kita tidak boleh mengawal harganya. Sedangkan minyak, harganya sentiasa meningkat. Negara pengeluar minyak jadi kaya-raya. Kita tetap miskin dan tertekan. Apa, kerajaan buat untuk kita yang miskin.''


Dua hal di atas bukan dituju kepada petani di Malaysia yang mewah dengan subsidi tapi khas untuk mereka bergelumang dengan lumpur di Thailand yang dapat dikutip dari mentafsir makna melalui filem indie Thai, Agrarian Utopia.

Mudah kata, petani Thailand sentiasa dibuai rasa indah, serba cukup, serba menjadi meskipun hakikatnya mereka serba kurang atau sedang diguna-guna pihak berkentingan. Anda sangka ketika kenaikan mendadak harga beras awal tahun lepas menyebabkan para petani bersuka ria, berpusu ke bank untuk menyimpan wang? Tidak, mereka tidak berubah, tetap miskin dan tertekan.Yang kayanya, syarikat pengeksport beras seperti Charoen Pokphand.

Pihak yang berkepentingan sentiasa hadir dengan janji-janji syurga, bermacam-macam paling bodoh ialah janji untuk menubuhkan OREC( Pertubuhan Negara Pengeksport Beras) seperti OPEC untuk mengawal harga pasaran. Kononnya, petani akan kaya jika ia menjadi tapi itu hanya mimpi. Mana mungkin, padi boleh disedut seperti petroleum, mana mungkin padi menjadi tanpa angin ribut. Akhirnya petani kecewa, dan kekecewaan itu dilempias pada kerajaan. Paling teruk pada tuhan, dalam kontek ini pada hukum karma--mengapa aku ini penanam padi yang baik, tidak main betina, dibalas seperti orang jahat--rasa kecewa itu pula dibawa ke ribaan bukan isterinya--menghilang dahaga dengan air kuning--duit habis--tanah-tanah sawah tergadai--mereka tetap miskin dan tertekan.
Utopia yang mereka harapkan sebuah pulau untuk kehidupan ideal hanyalah mimpi.

Saya juga anak petani, penanam padi. Apa nak malu.

Masih saya ingat ketika awal sekolah menengah padi yang ditanam semua tidak menjadi, hampa diserang serangga perosak. Emak masa itu sangat sedih. Yang saya tahu saya tidak ada seragam sekolah baru tahun itu. Tidak kisah.




Sebab itulah bila membaca atau menonton sesuatu berkaitan dengan pertanian ia sangat mengesan perasaan. Saya sendiri dikerah bila balik sekolah atau hari cuti ke bendang.Beberapa tahun ia menjadi rutin kehidupan saya sehinggalah berakhir lima tahun lalu. Seingat saya marah-marah pada Shahnon Ahmad kerena memperlakukan sekian dashyat buat keluarga Lahuma dalam Ranjau Sepanjang Jalan. Tanpa memikir latar Banggol Derdap ketika itu, saya mempersoal,'' Kenapa tidak bawa pergi hospital sahaja Lahuma yang tertusuk serpihan batang nibung dikaki hingga membengkak, nanah, perut buncit dan mati. Kenapa sanggup menggilakan Jeha. Kenapa terlalu banyak ketam, banjir balak. Di mana MADA? Mana kerajaan?''
Sampai hari ini saya boleh lihat wajah-wajah anak Lahuma --Samah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar dan Kiah-- sebuah potret buram petani di Thailand.Sedihnya, ramai yang terjun ke rumah lacur.


Begitu juga pada novel Rice Without Rain karya Minfong Ho. Terasa mahu turun bersama Ned membantu keluarga Jinda.Mahu berdemo untuk mereka. Hak tanah pertanian mereka sesuka hati dirampas pihak yang berkuasa!Apakah Inthorn tebang pokok salah besar.

Oh, saya sedar saya masih di sini, bergelut dengan banyak masalah sendiri. Saya sendiri pun seperti juga bermimpi.


*Berikut adalah artikel yang saya tulis berkaitan dengan padi dan beras dalam Bahasa Melayu di media Malaysia.Mungkin berkaitan dengan entri ini.

1. OREC: Mimpi-mimpi Petani Thailand --Dewan Ekonomi edisi September 2008
2. Bersyukur Masih Boleh Memilih Beras--Makan Nasi Lembek --Milenia Muslim bulan Jun 2008.

11 comments:

pencinta bahasa said...

salam..
banyak juga ya artikel kamu di media Malaysia. begitu rupanya nasib petani di Thailand. agak2nya kalau para petani di Thailand mengadakan protes, apa yang bakal terjadi?

tak sangka kamu begitu emosi sekali bila membaca sesebuah buku. sememangnya kamu pencinta buku.

p/s: nampaknya kamu sudah tahu nama sebenar saya ya..

Isma Ae Mohamad said...

Ya, tapi sekarang agak sibuk hendak menulis untuk media Malaysia.

Kalau hendak tahu, penyokong Thaksin yang berbaju merah itulah petani Thailand. Mereka dibayar RM50 sehari oleh Thaksin untuk berdemo.

Emosi, bila sebuah buku itu berkaitan dengan hidup saya. .

P/S; Kan kamu pernah hantar email pada saya.

pencinta bahasa said...

"P/S; Kan kamu pernah hantar email pada saya."

tak tau pula nama saya turut disertakan.hehe..

abuyon said...

Petani adalah akar umbi
tak ada petani, bumi tak
berseri

Petani adalah pejuang demokrasi
yang melaungkan kebebasan
di padang hijau yang
kering

hasni Jamali said...

hai Isma.

terima kasih ke blog saya. :)
seronok ke blog awak, membaca segala isi ilmu daripada buku-buku yang awak baca.

boleh saya mohon pendapat dari kamu? saya sekarang mengkaji novel TUHAN MANUSIA karya Faisal Tehrani sbg kursus Prosa Melayu di UKM ini. tentu kamu sudah membacanya kan. boleh tidak berikan saya cadangan untuk saya bangkitkan tentang apa-apa dalam novel tersebut? kalau boleh saya tidak mahu mengangkat isu murtad. saya mahukan kelainan yang orang tak nampak dalam karya itu.
namun masih belum fikirkan? perlu cadangan kamu jika sudi... :)tQ

Isma Ae Mohamad said...

Tuan,
bagaimana 'petani' saya tukar jadi 'Patani' dalam puisi tuan itu..

Isma Ae Mohamad said...

HJ,
Tuhan manusia antara minat saya. Inti utama adalah murtad tapi yang nampak sperti yang saya review adalah,

''Demikian juga halnya mengenai masa depan pendidikan negara. Tindakan Faisal mewujudkan watak pengetua berfikiran terbuka yang membenarkan pelajarnya menganjur forum pluralisme di sekolah dilihat satu anjakan paradigma pentadbir sekolah. Mungkin Paradoks dalam realiti dasar pendidikan sekarang yang nampaknya penuh dengan aktiviti menghafal dan latih tubi untuk mendapat sebanyak mungkin 'A' dalam peperiksaan.''

Saya rasa Faisal ingin mewujudkan suasana penuh ilmu sebenar di sekolah bukan semata menghafal dan juga supaya remaja atau belia mengambil tahu isu-isu penting yang melibatkan umat Islam. Remaja mesti dilibat dan yang dewasa jangan memandang rendah pada golongan ini, mereka harus dilibat sama dan disogok dengan bacaan yang berilmu, bukan yang ringan-ringan.

*Review itu boleh dibaca juga dalam blog ini entri 18 September 2007 yang disiar di sebuah media tempatan.

Isma Ae Mohamad said...

Supaya remaja memahami erti kebebasan berfikir dalam konteks Islam yang sebenar, tidak termakan dengan racun barat yang serba bebas..

Basuh Baju said...

baguslah kau..

jarang dpt baca tulisan yg serius dari anak muda.

teruskan..

Isma Ae Mohamad said...

Blog saudara pun sangat progresif. Jarang ada anak muda Malaysia yang minat dengan hal yang serius-serius.

abuyon said...

salam Isma,

Untukmu Isma

Patani adalah akar umbi
tak ada Patani, bumi tak
berseri

Patani adalah pejuang demokrasi
yang melaungkan kebebasan
di padang hijau yang
kering