Wednesday, August 4, 2010
Mem''BOOM'' 1 Malaysia
Tahun-tahun akhir 1880 adalah tahun berpenyakit bagi seluruh pulau Ireland.Hawar menyerang tanaman ubi kentang, timbul penyakit berjangkit, dan seterusnya kebuluran menghinggapi penduduk.Semuanya susah. Semuanya sesak.Kematian ada dimana-mana hingga paderi sendiri tidak mampu mengurus pengebumian mayat. Paderi pun sakit!
Keadaan ini menyebabkan penghijrahan golongan berkemampuan ke tanah Amerika untuk mencari penghidupan baru semakin meningkat pada tahun itu.Siapa mahu hidup di pulau berpenyakit?
Namun hidup mesti diteruskan.Tidak terkecuali Eily, Michael dan Peggy.Tiga beradik ini menempuh hari-hari yang sukar di tahun yang sesak itu.Setelah ibubapa mereka tidak kunjung pulang selepas keluar rumah mencari makanan buat mereka.Ketidakpulangan ibubapa telah menyebabkan tiga beradik ini dihantar ke rumah perlindungan tetapi mereka bertiga melarikan diri semasa dalam perjalanan.
Di sinilah bermulanya pengembaraan mereka ke Castletaggart mencari nenek saudara mereka,Nano dan Lena yang selalu diceritakan olei ibu mereka di pertiduran.
Pengembaraan adik-beradik ini telah memperlihatkan dhasyatnya tahun-tahun sukar itu secara jujur dari kaca mata kanak-kanak--kita selalu dengar--kanak-kanak tidak berbohong!(?). Melalui mereka, rakyat Ireland dari dulu hingga kini dapat memahami penderitaan nenek moyang mereka dahulu dari dekat. Betapa hidup zaman itu terlalu sukar dan ia mesti dikenang supaya generasi baru sedar dan mudah lupa diri.
Itulah harapan penulisnya Marita Conlon-McKenna melalui novel kanak-kanak, Under The Hawthorn Tree terjemahan DBP, Di Bawah Pohon Hawthorn,"Buku ini ditulis untuk anak-anak saya dengan harapan melalui pengembaraan Eily, Micheal dan Peggy yang sungguh berani itu mereka dapat memahami se dikit sebanyak tentang sejarah negeri ini dan tentang zaman kebuluran yang teruk di Ireland."
Suara kanak-kanak adalah suara kejujuran!
Itu cerita dari Ireland.Cerita yang laris dari negara berkenaan dan diterima pasaran luar. Berjuta-juta telah terjual sejak diterbit tahun 1990 lagi.
Di Bawah Pohon Hawthorn
Marita Conlon-McKenna
DBP
Ramlah Muhamad(penterjemah)
Cetakan 2010
ISBN 978-983-46-0623-7
RM 12.80
Menoleh kembali di sini, kita sedar atau tidak, setakat ini belum ada novel(sastera) kanak-kanak Malaysia atau Melayu yang dapat mem''BOOOM'' SATU MALAYSIA. Dalam animasi atau kartun siri Upin dan Ipin telah berjaya mem''BOOM'' segenap pelusuk negara. Buku atau sastera kanak-kanak belum ada lagi.
Persoalannya mengapa?
Kebanyakkan kita akan berjawab, budaya membaca atau lebih besar lagi, budaya membeli buku di kalangan rakyat tidak memuaskan.Secara peribadi saya sangat tidak bersetuju dengan jawapan sedemikian.
Saya percaya kepada kelemahan karya sastera kanak-kanak di sini. Kelemahan itu merujuk kepada penceritaan, terlepas dari nilai sejarah, dan banyak meniru cara barat.Tetapi saya suka mengatakan kelemahan utama adalah ia terlepas dari nilai sejarah!Dari pembacaan saya beberapa sastera kanak-kanak antarabangsa, semua sastera kanak-kanak yang laris ia tidak dapat lari dari memberi penekanan kepada nilai sejarah dan budaya mereka.Ingat nilai sejarah dan budaya!Dan barulah adalah jalan ceritanya.
Semalam dalam rancangan In Person, Astro Awani, bos Les' Copaque, pengeluar produksi Ipin dan Upin berpandangan kelemahan ketara cerita-cerita kanak-kanak di Malaysia (kartun) adalah cara penceritaan(saya kata Upin dan Ipin kuat pada suara budak perempuan itu, apa namanya?).
Catatan: Sebenarnya saya malu bila ada orang Thailand tanya, ''Novel sastera kanak-kanak yang mana mem''BOOM'' di Malaysia?Sudahkah ia difilemkan? Kalau ia difilemkan saya nak tonton.'' Saya jawab,''Upin dan Ipin.''
p/s: Buat apa malu, kau pun orang Thailand juga!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Oh inikah buku yang akan dicadangkan untuk Ganding Baca September nanti?
Belum pasti lagi, saya sedang cari buku sastera kanak-kanak yang ditulis rakyat Malaysia. Sedihnya setakat ini belum jumpa yang benar-benar sastera!
Isma, satu kenyataan pedih satu demi satu terbongkar saban waktu. Bila saya fikir-fikir dengan dalam, memang tak ada. Dari kecil sampai sekarang, tak pernah menemui satu buku kanak-kanak Malaysia yang melekat dengan indah di hati semua orang, yang apabila besar boleh dikongsi dengan mendalam sebagai satu pengalaman membesar sepunya.
Teringat kata Mahatma, kalau kita mahukan suatu perubahan yang belum terjadi itu terjadi, maka kitalah yang harus jadi pengubah itu.
Tapi itulah, Isma yang prihatin dengan sastera kanak-kanak Malaysia, bukan orang Malaysia (kerana terperangkap dalam sejarah)
Orang seperti kakak yang MESTI menulisnya!Ia mesti terikat dengan sejarah dan budaya sendiri.Filem 'Muhsin' Yasmin sebuah filem kanak-kanak tapi ia gagal merakyat kerana ia terlepas dari akar Melayu dan Islam, sekadar contoh.
Post a Comment