Saturday, August 7, 2010

Bubur Pulut Hitam vs Karipap-Karipap Cinta


Kenyataannya aku suka makan bubur. Aku juga suka baca buku.

Kalau aku makan bubur pulut hitam, aku tidak akan makan nasi.Kalau aku makan nasi tidak semestinya aku tidak makan bubur.Itulah bubur kegemaranku selain nasi air;aku suka makan yang lembik-lembik.

Tengahari tadi aku makan bubur di KB Mall. Seperti mata-mata hairan memandangku, kerana aku seorang yang memesan bubur dan milo ais.Pelik?Tak kelas makan bubur!Buat malu makan bubur! Aku selalu dengar orang berkata begitu.Aku tidak kisah.Aku tetap makan bubur.Bubur pulut hitam.

Hari ini aku beli karipap, Karipap-Karipap Cinta.Setelah aku dengar-dengar karipap ini sedap,dan lain.Aku tidak percaya. Jadi aku perlu cuba.Cuba banding dengan bubur.Yang mana lebih sedap, Bubur atau Karipap-Karipap Cinta?

Bubur disuap sesudu..ummp...sedap.Milo ais disedut.Lega! Karipap-Karipap Cinta dibelek muka pertama.Ada bait-bait lagu.Aku hindar, aku belek lagi.Dan....

Namanya Ali.Lelaki yang suka bangun lewat. Serumah dengan kawan bernama Rambai.Ali kerja sebagai wartawan di akhbar Wadah Rakyat.Hari-hari dia kena marah sama bos,Datuk Razali Sunari, seorang ahli politik, kerana datang lewat.

Selepas itu aku mahu tergelak. Kah, Kah,Kah,Kah.Akhbar Wadah Rakyat betul-betul mengingatkan aku sebuah syarikat penerbitan akhbar dan seterusnya majalah yang beroperasi di Kota Bharu.Kelakar sungguh syarikat ini.Syarikat akhbar itu menerbit akhbar politik, tapi jualannya teruk.Pengusaha tetap tidak berputus asa, dia mempelbagai lagi produk. Kali ini dia menerbit majalah pula, majalah berunsur Islam.Dan dipendekkan cerita, semuanya sudah lingkup.Suatu hari kawan aku kata, aku ada jumpa pereka grafik surat khabar W***H, sekarang dia jadi jaga di hospital.

Aku jadi tertanya, mengapalah tuan punya syarikat itu tidak terbit majalah hantu seperti Datuk Razali yang menerbit majalah, Misteri dan Hantu untuk terus bernyawa.Akhbar politik hanya panas dekat atau baru lepas pilihanraya!

Ali terpesona dengan rakan tempat kerja Rambai. Seorang gadis bertudung litup. Namanya Sarah, kata Rambai.Sarah oh Sarah, Ali jadi tergila-gila.Satu hari, Ali ternampak Sarah sedang menunggu untuk melintas. Tiba-tiba beg tangan Sarah disambar peragut.Hah, apa lagi Ali pun beraksi.Ali kejar, dapat, pukul, rebah peragut dan berangan-angan.DAP!Hinggap di muka Ali.

Sedar-sedar aku sudah baca sampai bab lima.Tahu-tahu, aku lihat Ali sedang berbual dengan Sarah di kedai mamak.Ali perhati Sarah makan karipap sampai empat biji.

Medan selera riuh dengan lelaki dan perempuan,ada yang berpasangan, ada suami isteri, anak-anak, ada yang solo macam aku,dan pekerja pencuci lantai.Aku mula makan bubur.Sungguh, Karipap-Karipap Cinta membuat aku lupa sebentar pada bubur.Karipap-Karipap Menang!Insya-Allah, petang ini lepas asar, aku akan menyambung baca lagi di Stesen Keretapi Wakaf Bharu.Harap-harap petang ini tidak hujan.

Bubur juga menang!Habis aku makan.

Kalaulah selalu hari-hari begini aku lalui; keluar rumah, berbual di kedai kopi(kan kita hidup bermasyarakat), pergi kedai buku, makan bubur, dan baca buku.
Esok kerja!

Karipap-Karipap Cinta
Nazri M. Annuar
PTS Fortuna
RM 14

6 comments:

Hakimi said...

mace2 mu seorang ae..bila nok belajo tutup puasa?

najibah said...

Alahai. Rugi pula tak beli buku ni sekali masa singgah di PTS Dolomite baru ni.

Dah habis baca Lelaki Berkasut Merah ke? Tak tahulah Isma, akak pun susah nak masuk dengan novel tu. Tak macam bubur dengan karipap yang Isma makan dan 'makan'. LBM bukan selera orang umur 30an macam akak rasanya.

Welma La'anda said...

erm, wah sejak akhir-akhir ini selalu membaca novel santai sifatnya :)

Kak Ji,
Hehe.

Nora Isma Fuad said...

Belum baca lagi KKC..tapi bila baca di kedai buku, rasanya tak berapa masuk kot.. tak sesuai dgn umur sis barangkali.. he he

Isma Ae Mohamad said...

Lusa, makan nasi belauk bungkus atas pasar!

Kak Najibah,sebenar saya merungut bila baca LBM tapi dalam masa yang sama ia buat kita tersenyum sendiri.Aku baca novel kentut!hahaha.

KKC pula hanya untuk suka-suka.Dan biasa sahaja, senang kata ia tiada nilai ulasan!

Kelemahan LBM mungkin terletak pada bahasa, bahasa ceritanya terlalu biasa.Bagi orang minat sastera, ia terlalu tawar.

Welma, saya beli untuk adik perempuan saya novel sebegitu. Adik saya tak mahu baca novel seperti Faisal Tehrani, misalnya.Habis saya kempen, tak mahu baca juga.

Betul....KKC untuk suka-suka.Sambil makan bubur.Kalau sudah berumur sukar untuk 'masuk.'

najibah said...

Isma, akak rasa akak tukar fikiran berkenaan LBM. Memang dari sudut bahasa, terlalu tawar. Begitu juga lawak kentut. Malah bab 1-9, mungkin boleh diringkaskan kepada 1-2 bab saja. Tetapi apabila masuk bab 10 hingga akhir, di situ kekuatan Bahruddin Bekri. Plot itu bukan mudah hendak ditemui dalam novel lain. Jadi tolak bahasa, lawak kentut, dan bab 1-9, ya, boleh tahan juga :). Tak sabar mahu tahu apa pendapat Isma bila sampai ke hujung.