Monday, July 5, 2010

Akhirnya Litvinenko Mendapat Hidayah

Alexander Litvinenko, pada tahun 2006 pernah menjadi bualan dan pemberitaan penting di media antarabangsa semasa beliau sedang nazak melawan racun menyerang tubuhnya hingga membawa kematian selepas itu.Kematiannya telah menjadi isu yang menggugat dua negara besar Russia--Britain(kononnya Britain ini pejuang hak asasi).
Hayat Litvinenko penuh warna hitam dan merah darah.Tetapi berakhir dengan putih bersih, bagai bayi baru lahir, setelah beliau memeluk Islam dua hari sebelum beliau menemui ajal akibat diracun( semoga rohnya ditempat di kalangan orang beriman).Penderitaan berat yang ia alami selama terlantar di katil, seperti mahu membersih segala dosa dan noda yang ia pernah bergelumang selama berkerier sebagai agen rahsia kerajaan Moscow.

Allah Maha Besar. Pengakhiran hidup Litvinenko menunjuk betapa besarnya tuhan; bagaimana seorang bernama Alexander Litvinenko yang sepanjang hidupnya berkerja memusuhi orang Islam dan menghancurkan perjuangan Islam. Akhirnya ''tunduk'' pada kesucian dan kebenaran Islam.

Beliau menyertai KGB pada tahun 1988.Beberapa tahun selepas itu beliau naik pangkat sebagai Pengarah Kawalan Organisasi Jenayah, sebuah unit paling penting dalam organisasi perisikan yang mana fokusnya adalah memantau kegiatan keganasan dan organisasinya.Dengan itu membawanya memasuki dunia jenayah dan bertemu beberapa ''pemain'' yang mengejutkan-- penyelewengan, rasuah, penyeksaan, penculikan-- telah menjadi saksi telinga dan matanya.Pernah beliau diminta untuk menghapus seorang bisnesman Russia oleh orang atasannya.

Tetapi beliau tidak melakukan pembunuhan itu.Bukan itu sahaja, Litvinenko menuduh agen perisikan yang diterajuinya juga telibat dalam beberapa siri pembunuhan dan keganasan.Beliau pernah mengumpul bukti untuk mendakwa beberapa orang politik terlibat dalam pembunuhan profil tinggi terhadap seorang pengusaha media tetapi beliau jatuh sakit ketika itu dan segala bukti ia kumpul semuanya hilang. Dan kes itu tidak terpecah hingga sekarang.

Begitu juga dengan kejadian penculikan dan pembunuhan beramai di Beslan, pembunuhan tawanan di gedung teater dan beberapa keganasan lain lagi, Litvinenko mendedahkan agen Russia mendalanginya. Ini bertentanfgan dengan versi kerajaan yang menuduh ia angkara puak pemisah Chechen yang menuntut kemerdekaan Chechnya dari kerajaan Moscow.
Keengganannya mengikut telunjuk orang atasannya menyebabkan beliau ditahan atas tuduhan jenayah palsu tetapi beliau berjaya melarikan diri ke Britain sebagai pencari suaka politik. Dari Britain inilah beliau melancarkan beberapa siri pendedahan akan penyelewengan kerajaan Moscow dengan menulis buku.

Buku tulisannya menjadikan kerajaan Russia di bawah Vladimir Putin seperti cacing kepanasan (Putin pernah mengetuai agen perisikan negara itu.Lalu pada bulan November tahun 2006 Litvenenko di serang sakit yang amat sangat. Hasil siasatan beliau diracun. Dan banyak pihak menduga ini adalah kerja orang Moscow. Kerana seorang agen perisikan Russia adalah orang yang bertemunya sebelum beliau sakit.

Lanjut, baca pendedahannya dalam buku, Blowing Up Russia: Terror From Within.

Anda masih ingat TRAGEDI BERDARAH BESLAN?Sungguh hari itu, saya tidak tidur dan amat berduka cita dengan dengan tragedi berdarah ini. Saya sedih orang Islam atau pejuang Chechnya dituduh melaku penculikan dan pembunuhan ini.Dalam kes ini, Litvinenko menuduh ia peracangan Vladimir Putin, presiden Russia ketika itu sebagai alasan untuk beliau melancar perang besar ke atas kerajaan Chechnya dan juga untuk mengalih perhatian rakyat akibat dari kemurungan ekonomi.

Anda kenal Ayman Al-Zawahiri? Pemimpin no.2 al-Qaeda.Litvinenko mendakwa Russia melatihnya berperang.Benar? Tiada yang pelik di dunia ini.Jika benar, orang Islam nampaknya diperguna oleh musuh Islam.

Semoga Allah Merahmati Litvinenko. Semoga peninggalan tulisan mendapat manfaat umat Islam. Amin.










Foto:Litvinenko ketika tenat di hospital akibat diracun hingga gugur rambutnya.Betapa deritanya beliau.Akhirnya deritanya itu menemukannya dengan Islam sebagai pegangan hidupnya dua hari sebelum meninggal dunia setelah lama masuk keluar dalam organisasi pejuang Islam selama menjabat sebagai perisik. Entah, dari sudut mana Litvinenko mendapat hidayah.

2 comments:

najibah said...

Ada yang kata pengesahan keIslaman Litvinenko masih belum terbukti penuh?

Isma Ae Mohamad said...

Saya ada dengar banyak versi tentangnya. Pemimpin Chehcen dakwa beliau telah lama memeluk Islam.Ada yang kata belum sah. Ada yang kata beliau masuk Islam dua hari sebelum meninggal.

Apa pun beliau dikubur secara Islam.

Saya suka berprangka baik.Lagipun beliau sudah meninggal dan tidak mampu menjawabnya.