Friday, March 19, 2010

Novel 'Yakubiah'



Tiba-tiba sahaja saya teringat akan sebatang jalan atau sebuah tempat di pinggir bandar Kota Bharu yang dipanggil Yakubiah. Dan, rasa hendak tergelak--andai novel ini, yang baru saya beli, Debu Cinta di Kaherah dialih bahasa terus daripada Bahasa Inggeris, The Yacoubian Building akan kedengaran seperti tempat itu.

Kata kawan saya jika itu benar berlaku, novel terlaris antarabangsa ini pasti kurang laku di Malaysia.

Yakubiah! Bunyinya tidak komersil berbanding kata 'Cinta', Rindu dan sebagainya yang sering menghiasi novel pop Melayu.

Atas dasar itu mungkin penerbit ZI Publications membubuh 'Cinta' padanya.

Saya baru beli novel ini,baru sebentar tadi, selepas turun dari solat Jumaat.Nanti saya akan menulis ulasannya.


Dan Apa Yang di Tulis di Kulit Belakang

Debu Cinta di Kaherah memaparkan ragam hidup golongan bawahan dan mewah di kota Kaherah melatari sikap dan identiti mereka yang sebenar: antara kejujuran dan persahabatan, hasad dengki, kepura-puraan, tamak, rasuah, seks, cinta, agama dan perjuangan, kesemuanya diadun dan dizahirkan melalui watak-watak yang berbeza.

Mereka adalah ahli politik yang rasuah, aristokrat yang suka berpelesiran dengan wanita, homoseksual, ahli perniagaan yang tamak, pejuang agama yang oportunis, malah golongan bawahan dengan segala intrignya. Taha, anak penjaga pintu bangunan mengejar impian dan cita-cita untuk dirinya serta kekasihnya, Busayna. Namun apabila impiannya berkecai kerana rasuah dan kepincangan dalam sistem pentadbiran, harapan bertukar menjadi satu kepahitan lalu berakhir dengan kemusuhan yang tragis dan memilukan...

ISBN: 9789675266089
Shipping Weight: 0.39KGS
Publisher: ZI Publications
Published: 2010
First Published: 2010
Price:RM 37.OO

7 comments:

abuyon said...

salam Isma,

Lama tak menjenguk lamanmu. Hmm..
saya tertarik dengan buku tersebut, saya mahu membeli dan membacanya

Moga Allah memberkatimu, biar
di manapun kau berada

Moga bumimu, sentiasa dihujani
rahmat-Nya meski sering pula
ia berdarah!

Isma Ae Mohamad said...

Sebuah karya yang menjengkelkan!!!

abuyon said...

Waduh.. tak jadi beli kalau begitu :)

r.o.l. said...

Salam, Isma,

Saya pernah menonton filemnya. Kecewa dengan cerita yang dibawa.

Isma Ae Mohamad said...

Saya rasa telah dinodai dan ternoda dengannya...:)

Aduh!!!

najibah said...

Isma, biar saya teka - ini ala-ala Lorong Midaq Naguib Mahfouz? Ada wanita lorong belakang?

Walaupun dikata teruk, rasanya saya tetap mahu baca untuk buat bandingan dengan buku Mahfouz.

Isma Ae Mohamad said...

Saya belum pernah membaca Naguib Mahfouz. Bukan lorong belakang tetapi di bangunan Yacoubian--ada liwat sekali..

hahahaha