Friday, February 20, 2009

Gersang Buku di Pattani

Suasana sudah jauh berbeza berbanding dahulu. Kini, berderet buku-buku agama berbahasa Thai menghiasi rak-rak. Dengan cover yang berwarna-warni dan ditambah pula judul yang menarik pasti memikat mata untuk memandang.

Semua ini boleh dilihat dibanyak kedai buku atau kedai kitab panggil penduduk tempatan di selatan Thai. Contohnya, kedai Mittraphap di Jalan Rudee, tengah-tengah bandar Pattani. Tandanya, masyarakat Islam terutama generasi baru mula senang mendampingi buku-buku agama menerusi bahasa Thai.

Kehadiran buku-buku seperti ini samaada terjemahan bahasa Arab mahupun terus dalam bahasa Thai sedikit sebanyak '' menenggelamkan'' kitab-kitab jawi atau kuning yang nampak kusam pada luarannya.

Begitulah pendahuluan cerita saya pada artikel Ulama Pattani Sudah Kering Penanya?Saya kecewa sebenarnya apa yang di Pattani kini.Dan saya menutup dengan kesimpulan yang muram;
Melihat kepada realiti Pattani hari ini, rasanya lambat lagi untuk mendapat dan membaca novel islamik yang bertulis jawi. Atau itu hanya sebuah impian yang tidak akan kesampaian.

Lanjut, boleh dibaca pada majalah
Milenia Muslim Februari 2009.

Nota: Secara peribadi saya agak tidak berpuas hati apa yang ditulis itu. Terasa longgar sangat. Semua ini disebabkan oleh saya menulis dengan tergesa-gesa kerana menghambat deadline yang diberi editor. Insya-Allah, nanti saya akan menyambungnya dengan melihat sisi lain terutama kesan generasi muda Pattani akan kemarau tulisan Melayu ini.

Friday, February 13, 2009

Menunggu Buku Jeneral Sonthi



Bekas pemimpin rampasan kuasa Gen. Sonthi Boonyataglin mengesahkan sedang menulis sebuah buku mengenai pengalamannya semasa merampas kuasa ke atas kerajaan Thaksin pada September 2006 lalu.Saya tidak sabar menunggunya. Cerita dari Janeral pertama Thai beragama Islam.



Bagaimana perasaannya semasa merampas kuasa dan juga semasa berada di puncak. Saya pernah melihat kegelisahan beliau semasadalam satu majlis tentera, ketika itu semua pemimpin tentera mengangkat arak masing-masing ke langit,beliau dengan air muka gusar hanya meminta segelas air mineral dari seorang pelayan. Sangat jelas kegelisahannya.

(กลไกลต่างๆ ก็ไม่ได้รับการแก้ไข และสถานการณ์ก็จะไม่มาถึงจุดนี้ และคงไม่มีพรรคประชาธิปัตย์เป็นรัฐบาล).

Sunday, February 8, 2009

Akan Mengenal Indonesia Lewat Swantoro

Sedang membaca buku ini, DARI BUKU KE BUKU--Sambung-menyambung menjadi satu karangan P. Swantoro.

Indonesia pada saya sebuah negara yang dikenali ketika kecil dahulu adalah satu tempat terhimpun segala misteri dan ilmu hitam. Saya biasa mendengar bomoh Siam kalah pada bomoh Jawa.Sejak kecil lagi timbul perasaan begitu dalam untuk mengetahui lebih tentang negara pulau ini.
Untuk itu saya sentiasa membaca apa-apa yang berkaitan Indonesia.Saya berkenalan dengan majalah TEMPO, GATRA,HORISON dan SABILI. Pada saya Indonesia lebih hebat dari Malaysia dari segi cara permainan bahasa. Ia membuatkan cara penulisan Indonesia tidak sekaku bahasa Melayu Malaysia..Maaf, jika ada orang tidak setuju.



Melalui buku ini Swantoro akan memandu kita melihat Indonesia sebelum dan selepas dilahirkan melalui pembacaan buku-buku sejarah hasil pengamatan para Indonesialis. Ia menarik walaupun berat, sejak mula lagi Swantoro membaca kita kepada kenangan masa lalu akan kecintaan beliau pada buku. Barangsiapa yang dulu pernah bersusah payah untuk mendapat bahan bacaan samaada kerana kekangan kewangan atau pun geografi pasti akan mengenang zaman sukar itu.
Beliau telah mengajak saya kepada kenangan itu,apabila beliau menceritakan warna berbalam-balam sentiasa hadir mengingatkannya kepada buku itu--buku yang berbahasa Belanda yang mempunyai jata-jata.Pencarian akan buku itu akhirnya berhasil ketika dilewat usia kini.