Sekumpulan pengembara Eropah(sebetulnya wartawan) singgah di sebuah perkampungan masyarakat Islam Hui di pedalaman China.Mengetahui kedatangan mereka,seorang ibu di kampung tersebut telah mengheret mereka agar bertemu dengan anaknya, Ma Yan tapi sayang, Ma Yan tiada di rumah. Akal si ibu bergerak, dia telah mengambil diari Ma Yan dan memberinya kepada orang putih tersebut.Agar, orang putih itu dapat memahami dan seterusnya membantu Ma Yan terus bersekolah.
Dan diari Ma Yan itu pun tersebar ke seluruh dunia bila Pierre Haski, wartawan di akhbar berpengaruh Perancis, Liberation(akhbar ini juga yang menyiarkan laporan kontroversi mengenai Altantuya oleh korespondennya yang bermukim di Bangkok) dengan judul 'Je veux étudier' (I want to study) mendapat perhatian besar masyarakat bahkan komuniti antarabangsa.
Siapa tidak terkesan dengan diari Ma Yan; sebuah catatan yang jujur dan tulus seorang budak yang mahu terus bersekolah biarpun kelaparan memulas-mulas perutnya saban hari.Hari-hari Ma Yan terpaksa berjalan kaki sejauh 20 kilometer setiap kali ke sekolah.Ingin menumpang traktor?Ma Yan tidak mampu meskipun tambangnya sekadar satu Yuan satu hala. Terpaksalah Ma Yan berjalan kaki sekolah sebelum menetap di asrama.Di asrama pula, Ma Yan hanya makan dua kali sehari hanya berlaukkan sayur dan sedikit lauk.Betapa miskin keluarganya, ingin membeli sebatang pen pun beliua terpaksa mengikat perut selama dua minggu. Hanya sebatang pen.
Itulah sedikit kisah penuh inspirasi yang ditulis semula oleh Sanie B. Kuncoro berdasarkan pendedahan oleh Pierre Haski melalui fiksi Ma Yan.Aduh, nampaknya fiksi ini akan bersambung. Saya jadi tidak sabar untuk tahu kisah Ma Yan seterusnya, khabarnya diari Ma Yan itu telah membuahkan rezeki buatnya. Beberapa dana masayarakat antarabangsa dibentuk oleh Haski.Dan Ma Yan dapat bersekolah dan akan memasuki universiti.Dengar-dengar, Ma Yan sedang bersiap untuk melanjut pendidikan di Perancis. Baca di
sini.
Judul: Ma Yan
Penulis: Sanie B. KuncoroPenerbit: PTS Litera
Harga: RM16.00**************************************
Keresahan Saya
Satu hal yang mengganggu saya ketika dan berlarutan selepas membaca fiksi ini, Ma Yan; bagaimana ya, kehidupan minoriti terutama pelajar atau murid beragama Islam menempuh pendidikan formal di sebuah negara bukan orang Islam atau lebih lagi, negara Komunis, khas Negeri China dari dulu hingga sekarang?Saya jadi tertanya-tanya, kerana saya juga minoriti Islam di Thailand, ingat ia negara yang demokrasi dan saya tahu susah dan payahnya sebagai pelajar Islam di sekolah kebangsaan. Lebih-lebih ketika prajudis ada di mana-mana termasuk dalam kelas.
Menyelusori kehidupan pelajar bernama Ma Yan, dari etnik Hui, salah satu etnik yang beragama Islam di China, saya rasa, saya paling beruntung berbandingnya.Dulu, semasa sekolah, memang sentiasa timbul perasaan tidak puas hati dengan kehidupan saya; segala-galanya sukar untuk diperolehi.Berbanding Ma Yan, kesungguhanya untuk menerus persekolahan dikala kesusahan dan kelaparan membelit perut keluarga mereka.
Semestinya, syukur pada Allah, saya dilahirkan di wilayah miskin Patani, di sebuah kampung berpantai garam bukannya di China, di desa terpencil, Zhangjiangshu.Jadi saya tertanya-tanya lagi, bagaimana Islamnya ayah Ma Yan, Ma Dongji yang pernah berkhidmat sebagai tentera kerajaan bererti ayahnya seorang komunis!Bagaimana pula kehidupan Islam datuk Ma Yan, Ma Shunji yang pernah berkhidmat sebagai perajurit pasukan Nasionalis Parti Koamintang dan akhirnya dia menyeberang sungai Kuning dan memasuki tentera rakyat pimpinan Moa Zedong.
Begitulah, saya tertanya-tanya dan terganggu.Moga Allah memelihara iman mereka!
Kekuasaan China sebagai negara kuasa besar serta perekonomiannya sedang berkembang tidak juga membuatnya kebanyakkan rakyat negara itu 'besar'.Keghairahan negeri tirai bambu ini membangun telah mengorbankan dan mencekik darah rakyat bawahannya. Hari-hari berita melaporkan kes pencabulan hak asasi berkaitan tanah berlaku ke atas pemilik tanah pertanian oleh pemaju.Sampai mencetus rusuhan dan berbunuhan.
Sejak era Mao Zedong lagi, China giat mahu menjadi sebuah negara maju. Dengan itu Presiden Mao telah menjalankan satu dasar yang dipanggil 'lompatan ke hadapan'. Lombong-lombong digali, dan kilang-kilang dibangun dan kesannya ia telah melahirkan satu kelas yang baru dan mencekik satu kelas yang sedia ada, penduduk desa.Dan, Ma Yan sebagai generasi baru penduduk desa lahir tahun 1988 merasai peritnya akibat curahan nikmat ekonomi bagai air hujan yang datang sekali atau lima tahun sekali. Desa-desa menjadi gersang.Mungkin juga boleh gersang iman!
**************************
Masalah Tanah di China
Foto menarik, sebuah bangunan dipertahankan ketika sekelilingnya terbangunnya mall-mall, kondominium, dan pencakar langit yang lain.Itulah sisa-sisa kampung!
Nota:
Kisah Ma Yan itu telah memperlihatkan kepada kita betapa Eropah atau orang putih rasa terbeban dan seterusnya memikul tanggungjawab memtamadunkan kita, orang sebelah sini. :)Bukan saya kata.