Tuesday, October 5, 2010

Telah Terbit [ LASKAR CINTA ]


Laskar Cinta akan membawa anda ke sempadan Thai-Burma dan memasuki hutan belantara Myanmar atau Kaw Thoo Lei, sebuah syurga tersembunyi.Kaw Thoo Lei.


Dan anda akan bertemu dengan 'Rambo' salah seorang tentera kanak-kanak yang terpaksa berperang untuk tanahairnya.

''Budaknya ramah. Empat tahun lebih muda daripada aku iaitu dua belas tahun. Apabila aku tanya namanya, dia malu-malu sebelum menjawab, 'Orang gelar aku Rambo.' Rambo, aku juga mahu jadi seperti Rambo juga. Baik Rambo, ucapku, sudah berapa banyak Rambo sudah bunuh tentera? Sebaik bertanya soalan itu aku berasa bersalah, aku tidak sepatutnya menyoal begitu. Lagipun aku baru kenal dia. Aku jadi runsing, takut-takut peluru M-15 di tangan dilepas ke arah aku. Namun itu tidak berlaku, sebaliknya Rambo tersipu-sipu. Aku hairan. Aku bertanya balik, kenapa?

Dia tutur perlahan, sebelum itu matanya melihat ke kanan dan ke kiri, 'Aku malu, aku tidak pernah bunuh askar pun. Dia lalu ketawa kecil. Aku ikut ketawa. ''

Lanjut, baca di sini

Juga di sini.

ISMA AE MOHAMAD
PTS Fortuna
ISBN 978-967-5136-65-8
RM 14.00
ROMAN MILITARI

9 comments:

mudin001 said...

Akhi, tahniah. Aku tentunya akan mendapatkan buku ini!

Isma Ae Mohamad said...

hahaha...terima kasih.

mudin001 said...

Bro, baca komen aku di blog: http://mudin001.com/2010/10/06/tahniah-gr-my-sasaran-kolektif-2010-tercapai/

Kheh!

aidura sofiee said...

@Isma, tahniah.

Diam-diam ubi, berisi...

Isma Ae Mohamad said...

Kak,
saya bukan jenis duk diam..:D

Nora Isma Fuad said...

Tahniah.. mencari juga di 2 buah buku, tapi belum bertemu lagi.. mungkin masuk ke kedai, lambat sikit kot..

pencinta bahasa said...

salam..
sudah lama tak berkunjung ke sini. Tiba-tiba sebuah buku sudah diterbitkan. Tahniah. InsyaAllah akan segera mendapatkannya. Pejabat PTS tak jauh dari rumah. :D

Unknown said...

Laskar Cinta?? atau Mae La

http://farizahrin.blogspot.com/2010/10/laskar-cinta.html

Isma Ae Mohamad said...

Kalu terjemah kot BI jadi;

The Songs Of Eh Doh Si...Ok apa?...hehe