Sunday, January 24, 2010
Curiga dan Persepsi
Ramai orang tanya saya, mengapa kerajaan Thai tidak melayan sebarang idea autonomi untuk selatan Thai?
Saya jawab, untuk memahaminya kita mesti kembali kepada sejarah kerana masalah itu berakar sejak ratusan tahun dahulu.Mari.....
Semua ini berkaitan dengan sejarah.Baik, setelah Kesultanan Patani rebah kepada pemerintah Siam selepas berlakunya perang yang panjang. Kekalahan itu telah menyebabkan penguasa Siam melantik Tengku Lamidin sebagai raja di Pattani, pelantikan itu semacam sistem autonomi di era moden ini.Namun begitu, baginda tidak duduk diam dan merancang sesuatu bila peluang tiba. Buku Sejarah Kerajaan Patani mencatat:
Dengan kerana itu baginda telah berazam akan menuntut bela kekalahannya dan membebaskan kerajaan Patani dari kongkongan penaklukan Siam-Thai hanya baginda menunggu sahaja peluang yang baik akan dijalankan maksud itu.
Demi azam itu, baginda menghubungi Raja Annam (Vietnam) untuk bergabung menyerang Siam. Sial,surat permintaan itu sampai ke tangan raja Siam.Lalu, dengan murka Siam mengarah bala tenteranya menyerang Pattani. Pemberontakan Tengku Lamidin berjaya dipatahkan, baginda turut terbunuh.
Diangkat pula Datuk Pangkalan menjadi pemerintah Pattani dengan dipakai gelar 'Luang' atau orang Pattani menyebut 'Long.' Serta melantik (meninggal) beberapa panglima dan tentera Siam sebagai pengawal Siam bagi membendung timbul lagi pemberontakkan.
Lanjut, baca Milenia Muslim edisi bulan Februari 2010 akan datang.
Untuk tahun 2010, sampai hari ini saya tiada kesempatan untuk menghabisi sebarang buku. Sibuk sangat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment