Friday, January 29, 2010
Wartawan Cari Makan
Macam-macam,Khun Napacha menulis di blog PR Rhapsody
tentang 'Ghost Journalist' di Thailand yang suka menyamar disebarang majlis dengan tujuan mahu makan percuma dan mendapatkan goodies beg.Itu sahaja. Saya rasa orang seperti itu tidak berapa waras.
Tulis Khun Napacha:
“Which press are you from”, I asked “Sao Lak newspaper”, she replied calmly I ran through the list and said, “Well, it is not on my list. It is strange that I never heard of your publication before.” “THERE IS SAO LAK”, she raised her voice and stormed out of the press conference with my goodies.
A few weeks later, I met her again. She still wore shabby clothes but she looked more confident this time. I knew there was no Sao Lak newspaper but I just greeted her as usual.
“Which press are you from,” I asked “Sao Lak newspaper”, she replied calmly I ran through the list and said, “Well, it is not on my list.” “Here you are”, she handed me a bound folder with a black-and-white cover saying Sao Lak newspaper. By the time I found it was full of cut-and-paste news clippings from other newspaper, she had snatched my product sample and enjoyed herself at the cocktail line.
Setakat ini belum pernah saya dapat makan percuma.Bukan tidak dapat makan. Dilarang makan.
Monday, January 25, 2010
Top 10 Konflik Politik Thai 2009
Di atas adalah buku top 10 konflik Thai 2009. Tahun paling berwarna-warni di Thailand: ada biru, ada kuning, ada merah, dan ada hijau(khaki).Yang sebenar hanya boleh dipisahkan dua kem; kem Thaksin dan kem ultra-nasionalis yang mengelilingi kerajaan Abhisit, koridor istana dan berek tentera.
Pertembungan dua kem ini memunculkan beberapa sisi yang menguntungkan rakyat bawahan( tetapi ada masa merugikan mereka).Saya juga dapat kerja lebih hasil pertembungan ini.Mahu jadi orang Thai, kita kena sentiasa berfikiran positif dan selalu senyum.
Kata seorang Mak Cik Sombat( lebih kurang begitu namanya, saya samar-samar ingat),''Pakai baju merah, berhimpun di Senam Luang,dan berteriak, dapat juga 500 baht Thaksin bagi untuk sehari.''Wow, banyak Mak Cik Sombat. Di kala pengangguran dan harga barang menaik di kota Siam itu.
Sunday, January 24, 2010
Curiga dan Persepsi
Ramai orang tanya saya, mengapa kerajaan Thai tidak melayan sebarang idea autonomi untuk selatan Thai?
Saya jawab, untuk memahaminya kita mesti kembali kepada sejarah kerana masalah itu berakar sejak ratusan tahun dahulu.Mari.....
Semua ini berkaitan dengan sejarah.Baik, setelah Kesultanan Patani rebah kepada pemerintah Siam selepas berlakunya perang yang panjang. Kekalahan itu telah menyebabkan penguasa Siam melantik Tengku Lamidin sebagai raja di Pattani, pelantikan itu semacam sistem autonomi di era moden ini.Namun begitu, baginda tidak duduk diam dan merancang sesuatu bila peluang tiba. Buku Sejarah Kerajaan Patani mencatat:
Dengan kerana itu baginda telah berazam akan menuntut bela kekalahannya dan membebaskan kerajaan Patani dari kongkongan penaklukan Siam-Thai hanya baginda menunggu sahaja peluang yang baik akan dijalankan maksud itu.
Demi azam itu, baginda menghubungi Raja Annam (Vietnam) untuk bergabung menyerang Siam. Sial,surat permintaan itu sampai ke tangan raja Siam.Lalu, dengan murka Siam mengarah bala tenteranya menyerang Pattani. Pemberontakan Tengku Lamidin berjaya dipatahkan, baginda turut terbunuh.
Diangkat pula Datuk Pangkalan menjadi pemerintah Pattani dengan dipakai gelar 'Luang' atau orang Pattani menyebut 'Long.' Serta melantik (meninggal) beberapa panglima dan tentera Siam sebagai pengawal Siam bagi membendung timbul lagi pemberontakkan.
Lanjut, baca Milenia Muslim edisi bulan Februari 2010 akan datang.
Untuk tahun 2010, sampai hari ini saya tiada kesempatan untuk menghabisi sebarang buku. Sibuk sangat.
Subscribe to:
Posts (Atom)