Akan terbit kumpulan cerpen saya berjudul, PASSPORT: Kisah-kisah Penyeberang Sungai Golok, insya Allah. Menampil beberapa buah cerpen saya yang belum pernah disiar dalam mana-mana media selain cerpen-cerpen yang pernah dimuat dalam media arus perdana. Terbit sendiri, sekadar ingin berkongsi cerita-cerita dari wilayah konflik.
Sunday, November 24, 2013
Friday, September 13, 2013
Cerpen ''Rindu Cerita Nenek"
Saya membesar dengan kisah-kisah sejarah, dan cerita-cerita inilah yang sedikit sebanyak membentuk pendirian saya sekarang. Ini kisah rindu. Sedikit sedutan cerpen yang di muat dalam majalah Dewan Budaya edisi Julai 2013:
Bau hanyir sungai
Golok segera aku tangkap saat kaki
menjejak stesen bas Pengkalan Kubur. Bau
hanyir ini yang aku rindukan; bau hanyir ikan bercampur bau minyak diesel
seperti bertih jagung yang digoreng hangit, dan aku teringat pada nenek serta
bau hanyir Kuala Bekah. Ketika aku melangkah ke feri suara nenek
mengacah-ngacah halus.
"Kalau nak
pisahkan diri pergilah bawa diri saja,
tanah bumi tak dibenar dibawa pergi," bisik nenek. Aku terus melangkah, duduk di
kerusi besi, melayan pergerakan feri membelah sungai Golok, saat feri merapat
ke jeti imigresen Tak Bai, suara nenek kedengaran meninggi;"Au! KhonThai
tammai phuuk Thai mai dai, laew cak pen khon Thai tammai-kan." Aku ingat
aku memandang tepat ke muka nenek. "Apa maknanya nek?"aku bertanya
tak sabar.
Ingatan pada nenek
segera bubar bila penolak-penolak kereta
sorong yang penuh dengan muatan menarik naik ke jeti sambil menjerit sesama
mereka dalam masa yang sama deruman enjin kereta dan motorsikal mengaum-ngaum
di belakang. Aku melangkah menuruti beberapa orang pejalan kaki menapak ke
tangga jeti, memikul beg, membimbit beg plastik, dan disambut oleh beberapa
orang tentera Thai yang duduk di kerusi batu dengan senjata api di riba. Aku
jadi sedikit gerun.
Barisan manusia
beratur untuk mengecop passport sudah
panjang. Aku mengekor di belakang, setiap beberapa minit kaki melangkah
ke depan merapat ke kaunter sambil mataku banyak menumpah pandangan ke sungai
melihat bot-bot pukat tunda bergerak perlahan, perahu-perahu berenjin galah
bergerak bersimpang siur seberang menyeberang antara kedua tebing negara, bot
polis marin menari-nari ditambat, dan sebuah bot tentera Thai dilihat bergerak
perlahan-lahan dengan beberapa orang sami berdiri di buritan--semua orang dalam
barisan berpaling ke sungai--kelihatan mereka sedang berdoa. Aku gatal bertanya
seorang pakcik di depanku, apa mereka buat? Pakcik itu menjawab dalam bahasa
Thai. Aku angguk, buat-buat faham yang sami-sami itu sedang menjampi serapah
guna mengejap pagar-pagar negara. Segera aku teringat jawapan nenek.
"Maknanya, 'hei!orang Thai mengapa cakap Thai tak boleh, lepas itu nak
jadi orangThai bakpo atau mengapa. Itu kata-kata Sarit Thanarat,"jawap
nenek.........
Subscribe to:
Posts (Atom)