Cerpen terbaru saya yang dimuat di Mingguan Malaysia bertarikh 23.12.2012. Ia mengisahkan tentang kehidupan orang sebelah Siam/ Patani yang tinggal secara illegal di Malaysia. Didoakan cerpen ini dipanjangkan menjadi novel. Sedikit sedutannya...
Setiap kali kakinya melangkah menuruti langkah-langkah pakcik tukang
kebun sekolah, dan emak ke pejabat sekolah, hati sangat berdebar-debar
meskipun dia juga teruja dengan suasana keriangan itu. Dia berdebar
kerana bahasa yang dia dan emaknya tuturkan. Ia berbunyi lain berbanding
murid-murid yang sedang bercakap, bertempik, dan berteriak di sana
sini. Malam sebelumnya emak memberi ingatan kepadanya, "Esok masuk
sekolah, berhati-hati bila berkecek, jangan kecek macam orang Tani, cuba
kecek macam orang Kelate. Kalau tak, orang sini akan pandang rendah
pada kita." Beberapa tahun kemudian barulah dia faham betapa orang
Patani atau orang Melayu sebelah Siam dianggap orang Melayu kelas kedua
di sini mengikut persepsinya.
Untuk baca sepenuhnya sila Ke Negeri Impian...