Thursday, November 19, 2009

Esok Hari Jumaat


Sejak kecil dia mendengar ustaz atau ustazah mengatakan kiamat akan berlaku pada hari Jumaat. Dia yakin. Selepas dia membaca buku, Black Road 2012 dia termenung seketika.Dia tidak percaya.Karut.

Tapi bila dia memeriksa tarikh 21 Disember 2012 di bar ikon bawah skrin komputernya,hah, hari itu hari Jumaat!!! Hatinya berdebar-debar kencang. Dosanya banyak. Rasa pahala terlalu sedikit.Aduh!Hidupnya tidak keruan. Dia telah demam 2012.

Bagaimanakah Islam menangani demam 2012 ini yang sedang mengjangkiti si 'dia' ini?

Apa-apa pun untuk si 'dia' atau untuk diri saya sendiri kiamat kecil sentiasa mengekori kita: mati.

Kan kita akan mati, kawan.

2 comments:

Annabuadiary said...

nonton filem 2012 : itu cuba melarikan diri dari kenyataan

Isma Ae Mohamad said...

lari dari mati!