Showing posts with label Thai. Show all posts
Showing posts with label Thai. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Kerajaan Junta Myanmar Mesti Dijatuhkan!

''A sea prisoner refers to a Burmese who was sold by a broker (Burmese or Thai) to a Thai owned fishing trawler. The owner of the trawler would keep the Burmese at sea, not allowing them to disembark at any ports at any time. If their boat had to dock for unloading fish, the victim was put on another fishing boat that was sailing out to sea. The people who come alone to Thailand without relatives or friends from their native village suffered this problem. A sea prisoner does not get a salary either. Sometimes they would receive money to spend on cigarettes or other amenities. Most sea prisoners are children in their early teens.''

Begitulah Mynt Wai menulis dalam bukunya, A Memoir of Burmese Workers: from slave labour to illegal migrant workers tentang nasib pekerja Myanmar diperlakukan di Thailand.Teruk sungguh.Terutama yang menjadi ''tawanan laut'' di sektor perikanan.Semua ini berlaku disebabkan betapa kerajaan junta Myanmar tidak prihatin ke atas rakyatnya, asyik menjaga kuasa sahaja.

Ini bukanlah rahsia. Ia mungkin secebis kisah tidak berperi kemanusian yang menimpa etnik Myanmar yang diketahui umum.Lebih-lebih lagi buat etnik Islam Rohingya yang boleh dianggap terlepas dari mulut buaya dibaham harimau.

Seperti yang berlaku awal tahun 2009 di mana masyarakat antarabangsa dikejutkan dengan pendedahan pelakuan tidak bertamadun tentera Thailand ke atas etnik Rohingya di laut Andaman.

"Kami akan menahan bot-bot mereka, menanggalkan enjin bot dan seterusnya bot mereka akan ditarik ke tengah-tengah lautan. Kami akan meninggalkan mereka di sana. Angin akan membawa mereka ke India atau ke mana-mana sahaja. Kami terpaksa berbuat begini kerana kalau tidak mereka akan kembali semula ke sini."Kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang staf tentara laut Thai yang terlibat dalam operasi rahsia ini.

Dikatakan 552 orang mati dilaut sebelum mereka mendarat di pantai Aceh dan juga kepulauan Nicobar. Tragedi ini telah mengingatkan kita kembali akan nasib Rohingya.Seolah-olah nama Rohingya ini hanya terbit sekejap-kejap sebagai contoh bila kita enak-enak makan tiba-tiba tangan dihulur, minta sedekah, bagi seringgit, dan terus lupa.

Berikutan tragedi ini Asean tiba-tiba serius hendak bincang masalah ini hingga diangkat pada sidang kemuncak ASEAN di Hua Hin dahulu.Selain Thailand, Malaysia yang menerima kesan langsung dari masalah ini begitu kuat membangkitnya di sidang tersebut.

Namun apa yang dapat dari sidang tersebut hanya penyataan bahawa masalah ini tidak harus dilihat sebagai masalah Rohingya semata-mata. Dengan itu ASEAN menggunakan terma ''pendatang tanpa izin dari luatan Hindi.'' Nampaknya perkataan Rohingya begitu taboo walaupun dinafi Abhisit, Perdana Menteri Thai. Pun begitu ASEAN bersetuju mengurus isu ini secara teratur dan akan merujuk kepada jawatankuasa khas yang bersidang di Indonesia yang dinamakan Proses Bali baru-baru ini yang ditutup untuk media.Jika hasil Proses Bali itu hanya mentakrif atau memberi label apakah taraf pelarian dari Teluk Bengal itu,rasanya tidak kemana masalah ini.

Dalam masalah ini Asean harus memain peranan utama dengan mengejutkan PBB dan menarik kuasa besar supaya campurtangan. Ini kerana pelarian etnik Myammar terutama Rohingya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya masyarakat antarabangsa.Berbanding demontrasi para sami dahulu di Yangoon yang mendapat liputan luas antarabangsa, apa yang berlaku di wilayah Arakan tempat bermukim etnik ini, dunia tidak mendapat maklumat yang jelas.Kita tertanya-tanya bagaimana agaknya wilayah Arakan itu?

Tentulah kerajaan Myanmar telah melakukan sesuatu yang diluar lunas-lunas kemanusian sejagat di sana.Jika tidak masakan mereka sanggup bersesak-sesak dalam perahu kecil semata-mata mahu ke Malaysia dengan meredah Teluk Bengal dan laut Andaman demi menyelamatkan diri dan iman.Dalam pelayaran itu adakala mereka ditangkap pihak berkuasa Thai,dan jika tidak bernasib baik mereka mungkin diperdagangkan.

Seperti yang kita tahu etnik ini dinafikan hak kewarganegaraan dan hak hidup sebagai manusia yang beragama oleh kerajaan junta Myanmar.

Namun begitu, masyarakat antarabangsa termasuk OIC tidak mengambil berat isu ini.Pelarian Rohingya ini dianggap seperti tidak lebih dari sampah yang mencemarkan persekitaran.Begitu juga dengan negara-negara Scandinavia yang dikatakan pendukung kuat hak pelarian tidak ambil kisah isu Rohingya ini.

Masalah lambakan pelarian Rohingya di Malaysia bermula sejak 90-an lagi. Kini golongan ini sudah menjangkau angka 14 ribu orang. Pelbagai cadangan dan usulan telah dibuat. Pernah, kerajaan pada tahun 2004 mengumumkan akan memberi taraf penduduk sementara untuk masyarakat Rohingya.

Di pihak kerajaan Myanmar rasanya, mujur besar jika Malaysia atau negara-negara jiran lain mengambil etnik Rohingya sebagai anak angkat. Kalau boleh mereka mahu menghambat semua etnik ini keluar. Oleh demikian adalah kurang bijak jika kerajaan mahu memberi status penduduk sementara. Ini akan menggalakkan lagi hasrat kerajaan Myanmar menghapus ''sampah'' ini.

Apa pun masalah Rohingya ini berpunca dari kerajaan Myanmar sendiri. ASEAN harus menyelesai isu ini di sana. Dengan kata mudah, jatuh kerajaan junta Myanmar pimpinan Janeral Than Swe. Bunyinya agak radikal.Kata lain, selagi kerajaan Junta masih dengan cengkaman militer, atau selagi mana demokrasi tidak tertegak di Myanmar, selama itulah hak-hak minoriti tidak terbela.Bukan bermakna sistem demokrasi itu agong tetapi sekurang-kurang ia boleh memberi suara kepada kaum minoriti dan juga menjadikan Myanmar lebih terbuka. Selama ini kita tidak tahu apa yang berlaku di Arakan sebenarnya.Lupakan dahulu andaian yang mengatakan Myanmar boleh hancur jika kerajaan tentera jatuh kerana terlalu banyak kelompok etnik-etnik yang berjuang untuk merdeka dari Myanmar.Itu hanya andaian dan ia dibuat oleh kerajaan junta sendiri.

Dalam beberapa tahun ini pun kerajaan junta semakin gusar akan kebangkitan demokrasi. Hingga membuatkan Jeneral Than memindahkan pusat kerajaan dari Yangoon ke Naypyidaw yang berjarak 400 KM.

Jeneral Than Shwe digambar sebagai '' janeral yang paranoid'' oleh Reporters Without Borders. Beliau sangat percaya dengan nujum. Mengikut kepercayaan kosmologi Burma, kejatuhan atau pusat ibu kota ditawan musuh, ini bermakna sesebuah kerajaan itu telah berakhir.Sebab itulah beliau memindah ibu kota.Inilah yang ditakuti Jeneral Than jika pendukung demokrasi menguasai ibu kota.

Tetapi sanggupkah negara kuasa besar datang dan menjatuhkan kerajaan junta ini yang takut pada bayang-bayang sendiri ini. Tidak rasanya.Apakah nilai kerajaan junta di mata masyarakat barat, negara-negara kuasa besar? Tentu nilainya jauh lebih murah berbanding Saddam Husein atau juga Taliban. Lagipun apa yang ada pada Myanmar,batu-batu permata?Atau, pohon-pohon jati?Beras?


Perilous plight: Burma's Rohingya take to the seas
By David Mathieson,
Human Rights Watch (Organization)



Wednesday, February 2, 2011

Terkenang Pak Cik Poa--The Last Buddhist Family in Narathiwat

Tahun Baru Cina akan menjelang tiba. Limau mandarin sudah beberapa biji di makan. Sebentar tadi bila dapat mesej dari kawan yang bertanya akan nasib Cina di Thailand membuatkan saya mengenang kembali perjalanan dua tahun lepas, dalam bas buruk Pattani- Narathiwat, wajah cina tua yang berkerut-kerut mukanya datang kembali. Suaranya mengiang-ngiang masih segar.

Saya perkenalkan cina tua ini kepada anda sebagai Pak Cik Pao. Saya tidak tahu nama sebenarnya. Saya juga lupa untuk bertanya. Pak Cik Pao saya anggapnya kerana sosok beliau tidak jauh dengan cina tua pengedar rokok di kampung saya. Tapi bezanya Pak Cik Pao itu selalu tidak berbaju, mengelilingi kampung dengan motor buruknya.

Pak Cik Pao ini saya kenal hanya dalam waktu singkat. Hanya berpuluh-puluh atau beratus batang tiang elektrik sahaja setelah beliau menahan dan menaiki bas yang ditumpangi saya. Saya masa itu merenung jauh ke luar memandang bendang-bendang terbiar luas terbentang. Pernah kawan saya mengatakan bendang ini elok kalau kita buat padang golf.

Bas itu sudah penuh. Hanya tempat duduk sebelah saya yang kosong. Terus pembantu bas menyuruhnya ke sebelah saya. Setelah melabuh punggungnya dia melempar senyuman dan saya membalas. Dan bertanya kepada saya, hendak ke mana dalam bahasa Thai. Saya tidak menjawab. Tidak tahu pula mengapa saya tidak menjawab pada masa itu. Sombong betul saya!

Air mukanya berubah. Saya sedar akan itu dan ingin membuka mulut. Belum sempat saya menyahut pertanyaannya, dia sudah mengulang pertanyaan itu kali ini dalam bahasa Melayu Pattani dengan sedikit pelat. '' Nok gi dano?(mahu ke mana?)''

''Mahu ke Malaysia,''balas saya.

''Ore Malay( Malaysia)?''tanyanya lagi.

''Bukan, orang sini,dok di Patani,''terang saya datar.

Jawapan saya itu membuatnya menyeloroh mata ke atas saya, dari kaki sampai ke kepala. Macam tidak percaya. Memang ramai orang Pattani atau Thailand akan was-was jika saya mengatakan saya orang (warga) Thailand. Sampai pegawai imigresen sering meneliti saya sungguh-sungguh setiap kali mengecop passport. Pernah ada orang mendakwa saya memiliki dua kerakyatan.

Dakwaan ini tidak betul. Bodoh saya jika terus guna passport Thailand sedangkan saya memiliki kewarganegaraan Malaysia. '' Kalau saya ada IC Malaysia sudah lama saya lempar passport mahupun IC Siam. Buat apa pakai benda-benda itu lagi.'' Itulah jawapan saya setiap kali dakwaan itu datang.

Dakwaan sebegini sering dilemparkan mungkin loghat Kelate yang menguasai mulut saya, cara berpakaian saya agak ala-ala Malaysia dan penting sekali di tangan saya sentiasa ada majalah atau buku-buku dari Malaysia dan juga Indonesia.

Pak Cik Pao nampak percaya setelah tangan kanan saya bermain-main dengan passport dalam kocek baju sebelah kiri dada. Datang pembantu bas menjual tiket. '' Namo dale jabil ni. Dok rok-rik ni,(Apa benda dalam bungkusan ini. Bergerak-gerak ini)'' tanya pembantu bas.

Baru saya perasan akan bungkusan di kaki Pak Cik Pao. '' Ni aye kapong. Wat make besar,(Ini ayam kampung. Untuk makan besar)'' jawab Pak Cik Pao.

Pembantu bas itu ketawa. Dan Pak Cik Pao menyambung, '' Petang ni make besar, esok rayo, lusa...(petang ni makan besar, esok raya, lusa).'' Belum sempat Pak Cik Pao menghabisi ,pembantu bas itu menyampuk,'' Lusa poo, kena bedil.'' Langsung disambut gelak tawa ramai penumpang dalam bas.

Pak Cik Poa bingkas membuka dada.'' Aku ore baik, tok leh bunuh aku. Aku baik belaka. Ore Nayu semua baik nga aku. Aku ore baik. Aku ore baik(aku orang baik, tak boleh bunuh aku. Aku baik belaka. Orang Melayu semua baik dengan aku.Aku orang baik),'' Pak Cik Pao membalas dengan sungguh-sungguh dengan suara yang deras terutama frasa 'aku ore baik'. Nampaknya Pak Cik Cina ini terlalu takut bunyi bedil, fikir saya.

'' Semua ore Siam, ore Cina lain-lain sudah pindah belaka. Tinggal keluarga sorang. Sebab ore tidak ake bunuh aku, aku ore baik, '' lagi dia melaung.

Sebentar kemudian bas sudah memasuki daerah 'merah' Rengae. Ramai penumpang turun. Termasuklah Pak Cik Pao dengan membibit ayam dalam guni gula.

Setelah bas bergerak saya bertanya pembantu bas akan Pak Cik Pao. Katanya, sekarang ini tinggal keluarga dia sahaja yang masih duduk di kampung, dalam dusun di tengah-tengah kawasan orang Islam. Orang Siam atau orang Cina lain sudah ramai pindah ke Haadyai. '' Rasanya keluarga dia tidak lama,'' pembantu bas itu menambah. Tiba-tiba hati saya rasa berat.Dan berharap keluarganya petang itu dapat makan besar.

Apabila mengenangkan perjalanan itu, satu bisikan hadir,'' Ae, hati kamu terlalu lembut, mudah kesian. Apa hendak dirisaukan pasal Pak Cik Cina itu.Biarlah dia kena....'' Saya cepat-cepat menyingkir bisikan itu lari dari telinga.

Selepas saya membaca berita ini di The Nation hati saya jadi berdebar-debar, adakah ini keluarga Pak Cik Pao?

Buku sesuai untuk memahami Cina di Thailand.

The Chinese emigres of Thailand in the twentieth century.
By Dishapol Chansiri

Saturday, January 15, 2011

Antara Penjajah Perancis dan British


Andai Perancis bukan British yang menjajah Kelantan, Kedah, Terengganu dan Patani. Ah, betul tidak ada guna lagi saya berkhayal seperti ini.Tiada guna, buang masa sahaja! Tetapi itulah, manusia seperti saya suka berkhayal, mengenang sejarah masa lalu yang membuat saya jadi sedih dan banyak kali tersenyum-senyum sendirian di jendela, oh bukan seperti orang tidak siuman ya.

Menatap sahaja buku sejarah atau dokumen sejarah, THAILAND; How Thailand Lost Her Territories To France membuatkan saya kembali berkhayal dan seterusnya tersenyum lebar. Ya, mata saya seperti berkaca-kaca.

Lupakan sahaja emosi itu!Fokus!Fokus! Pada isu buku ini Isma! Jangan nak menangis di sini! Saya memujuk diri saya.

Ok, buku ini ditulis sebagai dokumen jawapan untuk rakyat Thailand bagaimana mereka boleh terlepas beberapa wilayah kepada kuasa penjajah Perancis di bahagian Indo-China dengan menyalahkan kuasa Eropah itu bermain tipu daya berserta kekuatan persenjataan dengan membedil Sungai Mekong.

Fakta menunjukkan pada tahun 1867 Kerajaan Siam kehilangan bahagian Kemboja dan enam buah pulau yang keluasan 124 000 KM persegi kepada Perancis. Sebab itulah sampai sekarang orang Thai beranggapan Kemboja adalah wilayahnya. Lihat saja kes kuil Preah Vhear.

Tahun 1888 Thailand kehilangan wilayah berbukit Sipsong Chuthai seluas 87 000 KM persegi.

Tahun 1893 tebing sebelah kiri Sungai Mekong berjaya dirampas Perancis yang luasnya 143 000 KM.

Tahun 1904 sebelah kanan tebing Sungai Mekong pula yang hilang, 62 000 KM. Ini menjadikan negara Loas.

1907 Batambang, Siemrap dan Srisophon pula yang hilang dan membentuk negara Kemboja hari ini.Tidak hairanlah Thailand mengatakan Angkor Wat adalah haknya.

Membaca kembali kisah perang dan hubungan antara Perancis-Siam memperlihat betapa bijaknya Siam bermain tarik tali diplomatik. Meskipun Siam kalah dan kehilangan banyak wilayah tetapi ia tidak membuatkan seluruh negaranya jatuh atau dijajah. Sejarah yang menarik.Cuma saya tiada waktu menulis panjang akan ini.Akan menyambung kisah ini......

Friday, April 3, 2009

Impian


Selepas menerima panggilan dari editor pagi itu, aku langsung; seperti melayang-layang balik ke kampung; bersesak-sesak melompat ke gerabak keretapi , makan mi Siam di Pasar Buruk Yala, bermuat-muat dalam bas TATA buruk, singgah di Masjid Besar Patani, dan terus sahaja ke pantai garam, kampungku.Aku ingin editor lihat, inilah tanahairku, tidak sama seperti dilapor media. Sisi sebenar hidup kami di bawah Thailand, sudah seratus tahun, 1909-2009.

Namun, layangan itu terputus, baru aku sedar, aku terlalu banyak kerja. Impian untuk menemani editor melawat kampungku tidak dapat dipenuhi. Semasa aku menulis e-mail akan ketidakjadi menemani mereka, rasa sangat pedih menyengat di hati. Sampai aku berfikir selalu, beginilah aku, selalu tidak sampai apa yang dihajati. Sokmo!!!

Begitu pun aku mengucap terima kasih atas laporan Dewan Masyarakat bulan April ini, Lima Tahun Selepas Tragedi Kerisik. Walaupun aku merasa laporan itu masih ada longgarnya.

Aku juga turut menyumbang rencana mengenai masa depan pendidikan di sana. Dengan mencerita kisah sepupuku, Fauziah, tentang keinginan dan impiannya yang juga tidak sampai. Beliau seperti anak orang lain di Malaysia, ada impian, ada cita-cita yang diinginkan bila besar kelak. Tentunya sebagai generasi baharu Patani dia seperti yang lain tidak lepas dari mengimpikan sesuatu yang moden. Hendak jadi doktor,jurutera dan sebagainya.

Sesudah tamat sekolah rendah, Fauziah tidak ada pilihan lain, melainkan menurut kehendak ibu. Pernah, dia menyatakan hasrat yang terbuku dalam hati kepada ibunya mahu bersekolah kebangsaan Thai atau sekolah Siam panggil penduduk tempatan.Mendengar itu ibunya membentak keras. Lebih kurang begini; tidak boleh sekolah Siam! Kena masuk pondok tiga tahun lepas itu baru ke madrasah atau sekolah agama. Dengan luluh hati dia pergi memondok pilihan keluarganya.

Tapi dalam hal ini aku tidak mengatakan ibunya, juga mak saudaraku itu seorang berfikiran jumud atau ketinggalan. Dan mak saudaraku inilah pendorong kuatku untuk menjadi seorang penulis. Masih ingat aku, pesannya yang berharap aku menjadi ulama penulis kitab. Katanya, hari ini ulama Patani sudah kering penanya.Sekarang tidak kedengaran lagi kitab-kitab baharu karya ulama Patani. Ia seperti membenarkan kenyataan emak saudaraku itu, sudah kering pena. Tapi aku tidak menjadi penulis kitab yang diinginkannya.Jauh sekali ulama. Aku lebih condong pada jurnalistik dan juga sastera. Apa boleh buat, selalu impian tidak menjadi kenyataan.

Emak saudaraku itu termasuk dalam masyarakat Islam Patani amnya bimbang penerapan " berlebihan" sistem akademik Thai ke dalam sistem yang sedia ada boleh menghakis roh Islam dan Melayu-Patani ke atas anak-anak mereka.Keadaan sosial sekarang ini pun menggusarkan ibubapa di Patani. Ya, sangat meresahkan termasuk aku. Hingga kita dapat merasa pergerakan pil-pil kuda di sekeliling kita, wap-wap rebusan daun ketum meruap di kepala, dan pebagai masalah sosial lagi. Begitu juga dengan anak-anak yang keciciran sekolah, ramai sekali. Kadang-kadang, aku menangis sendirian mengenang nasib tanahairku.

Buat mak saudaraku laluan sehala untuk anaknya ini adalah yang terbaik yang boleh diberikan. Dia mahu anaknya solehah, itu sahaja. Dia sedar akan tuntutan dunia moden dan keinginan anaknya tetapi dia tiada pilihan.

Namun, di pihak kerajaan Thai pula masih ragu-ragu atau separuh kurang percaya akan pendidikan Islam yang dipelopori institusi pondok. Pada kaca mata orang Thai- Buddha pendidikan Islam yang dijalankan itu tidak banyak ke arah integrasi nasional. Dan jauh sekali ke arah melahirkan nasionalis Thai yang menjadi teras dasar pendidikan negara gajah putih itu.Di sinilah konflik pendidikan berlaku di sana. Kehendak rakyat dan keinginan kerajaan.
Dan sering aku bertanya, di mana aku?

Nota: Yang condong itu kutipan dari rencana asal sebelum disunting editor. Beralih guna 'aku' terasa seperti terus dari lubuk hati. Ikhlas. Lega.

Thursday, April 2, 2009

Sisi Napadon Pathama --Aku Bukan Jual Negara

Saya Bukan Jual Negara (Phom Mai Dai Khai Chat), itulah judul yang diberi pada buku bekas Menteri Luar Thai, Napadon Pathama.Ia juga merupakan penegasannya yang berkali-kali dibuatnya di media massa Thai, sampai naik muak dengar.

Beliau terpaksa menulis buku ini bagi membalas kritikan yang keras terhadapnya yang dilemparkan pengkritik atas dakwaan gagal menangani isu kuil purba Preah Vihear (Phra Vihar, panggil orang Thai) antara Thai dan Kemboja.

Napadon ini orang kuat Thaksin. Kenyataannya yang seperti memperaku hak Kemboja ke atas Preah Vihear telah diambil peluang penentang Thaksin membangkit isu nasionalisme dalam menjatuhkan kerajaan kroni Thaksin pimpinan Samak ketika itu. Dan, kerana itu juga Napadon terpaksa meletak jawatan menteri luar atas desakan banyak pihak. Termasuk 'gertakan' dari tentera. Media-media anti-Thaksin di Thailand telah menjalankan kempen membangkitkan semangat nasionalisme Thai.Tentera dikerah ke sempadan.

Isu Preah Vihear bukan isu baru antara kedua-dua negara. Perkara ini telah dirujuk kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 1962 dan telah memutuskan kuil itu milik Kemboja. Keengganan Thailand menerima keputusan ICJ itulah yang menyebabkan isu masih gagal selesai sampai hari ini.

Nampaknya hanya Napadon (orang Thai, saya berkecuali) yang 'seperti' memperaku keputusan ICJ itu. Ternyata ia bukan tindakan yang populis di sebuah negara yang penuh dengan janji-janji syurga( kedua-dua pihak) untuk rakyat.Ya, beliau seorang peguam, tentu punya semangat undang-undang mesti untuk ditaati.Namun, semangat itu yang membunuh kerier politiknya.

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama berkisar pada perjalanan hidupnya dan bahagian kedua lebih kepada membicarakan kuil itu secara sejarah dan undang-undang.

Nota: Teringat Pulau Batu Putih. Rindu sangat dengan Tuan Samak, lama tidak dengar suara celuparnya.

Wednesday, March 18, 2009

Tidurlah, Ayah Pergi Berperang

Dalam banyak dodoi yang dirakam Nureeyan Saleh pada bukunya, Lagu Dodoi Melayu Patani,dodoi ini sangat menarik perhatian saya.Saya tidak tahu adakah lagu ini masih dinyanyikan oleh ibu-ibu Siam untuk anak mereka. Nanti, saya tanya kawan-kawan saya.Saya harap ia tidak dilagukan lagi. Cuba baca rangkap di bawah ini.


ha..ee..nong norn er
nong norng hai lab-lab
phor phai khat ta thap
yu ti muang Tani
jong mi chok mi chai
phor pai jong dai di
phai thap muang Tani
sip pi phor ma...eee..her

terjemahan

ee..adik tidur lah
tidur adik tidur tidur
bapa pergi menentang musuh
di negeri Tani (Pattani)
doalah kebaikan dan kemenangan
doa bapa selamat pergi
perang di Tani(Pattani)
sepuluh tahun bapa balik...eee..her..cerita.

Nota: Pecah hatiku pagi ini.

Saturday, March 7, 2009

Kenangan Indah


Buku ini, Thaksin: Where Are You?benar-benar mengingatkan saya tahun-tahun indah dahulu. Saya sangat teruja dengan beliau pada masa itu hingga saya tidak akan lupa kenangan tengahari itu.

Sebuah bas yang sarat dengan penumpang yang kebanyakannya perantau-perantau Pattani di Malaysia meluncur laju ke bandar Narathiwat. Sampai di persimpangan berdekatan istana hinggap diraja Thai, sekatan polis menghadang. Bas berhenti.

Penumpang-penumpang memanjangkan tengkok dan ada juga yang berdiri. Masing-masing tertanya, ada apa yang berlaku. Sebentar kemudian beberapa buah bas eksekutif meluncur laju yang didahului oleh kereta peronda polis. ''Itu Nayod Thaksin,'' celah seorang wanita pertengahan umur. '' Nayod bagus datang juga tempat kita,'' dia menyambung tanpa berlengah. Yang lain mengiyakan. Bermulalah cerita kebaikan, kemurahan hati, dan kebijaksanaan Thaksin menguasai ruang bas TATA yang usang itu. Termasuklah harapan agar Thaksin dapat membangun Thailand setidak-tidaknya mereka tidak lagi bersusah payah pergi bekerja di Malaysia di sebalik kemuraman ekonomi Asia.

Suasana sebegini dapat dirasai sekitar tahun-tahun awal pemerintahan bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra. Rombongan semua ahli kabinetnya ke sesuatu tempat biasa dilakukan.

Ini memperlihatkan kerajaannya prihatin di mata rakyat.Termasuk penduduk selatan yang dominasi Melayu. Yang selama ini tidak mengharap sesuatu yang besar dari Bangkok. Kehadiran Thaksin pantas merubah persepsi mereka selama ini. Dengan janji-janji merubah Thailand dari semua aspek ekonomi, pendidikan dan sosial yang dicanangnya.

Ditambah dengan suara Melayu melalui pelantikan Wan Mohamad Nor Matha sebagai menteri penuh dalam kabinet Thaksin. Melalui Wan Mohamad banyak projek pembangunan diwar-war untuk selatan.

Namun semuanya hancur. Semuanya menjadi dendam dan kebencian yang sukar untuk dipadam.

Nota: Yang condong itu adalah cebisan artikel saya(antara yang kontroversi), berjudul, Tahun-Tahun Indah Bersama Thaksin.Kadang-kadang saya datang juga rasa kesihan pada Tuan Thaksin...isyk.

Monday, March 2, 2009

Lesse Majeste.


Buku kontroversi di Thailand. Baca sendiri, malas saya hendak komen nanti tidak pasal-pasal kena lesse majeste. Lagipun saya masih rakyat Tuanku.

'' A coup for the rich '' ,PDF copy for free here.
Malaysia pun.
''Apparently unfazed by the pickle that Thailand has got itself into with its stiff laws against insulting the royalty, at least one of Malaysia’s royal families say they will ask the country’s Conference of Rulers to seek the restoration of powers and protections former Prime Minister Mahathir Mohamad took away from them in the 1990s.''

- Extracted from “Malaysia’s Rulers Want Lese Majeste Law”, Asia Sentinel.

Friday, February 20, 2009

Gersang Buku di Pattani

Suasana sudah jauh berbeza berbanding dahulu. Kini, berderet buku-buku agama berbahasa Thai menghiasi rak-rak. Dengan cover yang berwarna-warni dan ditambah pula judul yang menarik pasti memikat mata untuk memandang.

Semua ini boleh dilihat dibanyak kedai buku atau kedai kitab panggil penduduk tempatan di selatan Thai. Contohnya, kedai Mittraphap di Jalan Rudee, tengah-tengah bandar Pattani. Tandanya, masyarakat Islam terutama generasi baru mula senang mendampingi buku-buku agama menerusi bahasa Thai.

Kehadiran buku-buku seperti ini samaada terjemahan bahasa Arab mahupun terus dalam bahasa Thai sedikit sebanyak '' menenggelamkan'' kitab-kitab jawi atau kuning yang nampak kusam pada luarannya.

Begitulah pendahuluan cerita saya pada artikel Ulama Pattani Sudah Kering Penanya?Saya kecewa sebenarnya apa yang di Pattani kini.Dan saya menutup dengan kesimpulan yang muram;
Melihat kepada realiti Pattani hari ini, rasanya lambat lagi untuk mendapat dan membaca novel islamik yang bertulis jawi. Atau itu hanya sebuah impian yang tidak akan kesampaian.

Lanjut, boleh dibaca pada majalah
Milenia Muslim Februari 2009.

Nota: Secara peribadi saya agak tidak berpuas hati apa yang ditulis itu. Terasa longgar sangat. Semua ini disebabkan oleh saya menulis dengan tergesa-gesa kerana menghambat deadline yang diberi editor. Insya-Allah, nanti saya akan menyambungnya dengan melihat sisi lain terutama kesan generasi muda Pattani akan kemarau tulisan Melayu ini.

Friday, February 13, 2009

Menunggu Buku Jeneral Sonthi



Bekas pemimpin rampasan kuasa Gen. Sonthi Boonyataglin mengesahkan sedang menulis sebuah buku mengenai pengalamannya semasa merampas kuasa ke atas kerajaan Thaksin pada September 2006 lalu.Saya tidak sabar menunggunya. Cerita dari Janeral pertama Thai beragama Islam.



Bagaimana perasaannya semasa merampas kuasa dan juga semasa berada di puncak. Saya pernah melihat kegelisahan beliau semasadalam satu majlis tentera, ketika itu semua pemimpin tentera mengangkat arak masing-masing ke langit,beliau dengan air muka gusar hanya meminta segelas air mineral dari seorang pelayan. Sangat jelas kegelisahannya.

(กลไกลต่างๆ ก็ไม่ได้รับการแก้ไข และสถานการณ์ก็จะไม่มาถึงจุดนี้ และคงไม่มีพรรคประชาธิปัตย์เป็นรัฐบาล).

Saturday, January 3, 2009

Rethinking Thailand's Southern Violence

Price: US$22.86 (S$32.00*)
Region: Thailand
Format: Paperback, 225 pages
Published: 2006, Singapore, 1st Edition
ISBN: 9789971693626SB#: 040203

Since January 2004, the three Muslim-dominated provinces of Pattani, Yala and Narathiwat in the Thai south have been ablaze with political violence. Early incidents such as the bloody storming of the historic Kru-Ze mosque and the deaths of 78 Tak Bai protestors at the hands of the army made global headlines.

But most of the subsequent events have gone largely unnoticed despite a terrible catalogue of "daily killings". The Thaksin Shinawatra government's persistent mishandling of the southern violence was a key factor behind the September 2006 military coup d'etat, the biggest political upheaval in Thailand since the early 1990s.

This collection by Thai and international scholars examines the reasons behind the growing unrest in south Thailand from a variety of perspectives. The contributors reject the simplistic mantras of "terrorism experts" and call for more nuanced, subtle and critical readings of history and monuments, the ambiguous role of Thaksin Shinawatra government, alternative theories and explanations for the violence, the salience of political Islam, voices of ordinary people in Pattani and the misleading paradigms of the insecurity industry.

This book will change the way the southern Thailand conflict is understood.
Contributors are: Chaiwat Satha-Anand, Ukrist Pathmanand, Srisompob Jitpiromsri, Duncan McCargo, Panyasak Sobhonvasu, Wattana Sungunnasil, May Tan-Mullins and Michael Connors.

Wednesday, December 31, 2008

Nuk Rob Lued Thai



NUK ROB LUED THAI
นักรบเลือดไทย
Author : พันทิวา