Showing posts with label Myanmar. Show all posts
Showing posts with label Myanmar. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Kerajaan Junta Myanmar Mesti Dijatuhkan!

''A sea prisoner refers to a Burmese who was sold by a broker (Burmese or Thai) to a Thai owned fishing trawler. The owner of the trawler would keep the Burmese at sea, not allowing them to disembark at any ports at any time. If their boat had to dock for unloading fish, the victim was put on another fishing boat that was sailing out to sea. The people who come alone to Thailand without relatives or friends from their native village suffered this problem. A sea prisoner does not get a salary either. Sometimes they would receive money to spend on cigarettes or other amenities. Most sea prisoners are children in their early teens.''

Begitulah Mynt Wai menulis dalam bukunya, A Memoir of Burmese Workers: from slave labour to illegal migrant workers tentang nasib pekerja Myanmar diperlakukan di Thailand.Teruk sungguh.Terutama yang menjadi ''tawanan laut'' di sektor perikanan.Semua ini berlaku disebabkan betapa kerajaan junta Myanmar tidak prihatin ke atas rakyatnya, asyik menjaga kuasa sahaja.

Ini bukanlah rahsia. Ia mungkin secebis kisah tidak berperi kemanusian yang menimpa etnik Myanmar yang diketahui umum.Lebih-lebih lagi buat etnik Islam Rohingya yang boleh dianggap terlepas dari mulut buaya dibaham harimau.

Seperti yang berlaku awal tahun 2009 di mana masyarakat antarabangsa dikejutkan dengan pendedahan pelakuan tidak bertamadun tentera Thailand ke atas etnik Rohingya di laut Andaman.

"Kami akan menahan bot-bot mereka, menanggalkan enjin bot dan seterusnya bot mereka akan ditarik ke tengah-tengah lautan. Kami akan meninggalkan mereka di sana. Angin akan membawa mereka ke India atau ke mana-mana sahaja. Kami terpaksa berbuat begini kerana kalau tidak mereka akan kembali semula ke sini."Kenyataan ini dikeluarkan oleh seorang staf tentara laut Thai yang terlibat dalam operasi rahsia ini.

Dikatakan 552 orang mati dilaut sebelum mereka mendarat di pantai Aceh dan juga kepulauan Nicobar. Tragedi ini telah mengingatkan kita kembali akan nasib Rohingya.Seolah-olah nama Rohingya ini hanya terbit sekejap-kejap sebagai contoh bila kita enak-enak makan tiba-tiba tangan dihulur, minta sedekah, bagi seringgit, dan terus lupa.

Berikutan tragedi ini Asean tiba-tiba serius hendak bincang masalah ini hingga diangkat pada sidang kemuncak ASEAN di Hua Hin dahulu.Selain Thailand, Malaysia yang menerima kesan langsung dari masalah ini begitu kuat membangkitnya di sidang tersebut.

Namun apa yang dapat dari sidang tersebut hanya penyataan bahawa masalah ini tidak harus dilihat sebagai masalah Rohingya semata-mata. Dengan itu ASEAN menggunakan terma ''pendatang tanpa izin dari luatan Hindi.'' Nampaknya perkataan Rohingya begitu taboo walaupun dinafi Abhisit, Perdana Menteri Thai. Pun begitu ASEAN bersetuju mengurus isu ini secara teratur dan akan merujuk kepada jawatankuasa khas yang bersidang di Indonesia yang dinamakan Proses Bali baru-baru ini yang ditutup untuk media.Jika hasil Proses Bali itu hanya mentakrif atau memberi label apakah taraf pelarian dari Teluk Bengal itu,rasanya tidak kemana masalah ini.

Dalam masalah ini Asean harus memain peranan utama dengan mengejutkan PBB dan menarik kuasa besar supaya campurtangan. Ini kerana pelarian etnik Myammar terutama Rohingya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya masyarakat antarabangsa.Berbanding demontrasi para sami dahulu di Yangoon yang mendapat liputan luas antarabangsa, apa yang berlaku di wilayah Arakan tempat bermukim etnik ini, dunia tidak mendapat maklumat yang jelas.Kita tertanya-tanya bagaimana agaknya wilayah Arakan itu?

Tentulah kerajaan Myanmar telah melakukan sesuatu yang diluar lunas-lunas kemanusian sejagat di sana.Jika tidak masakan mereka sanggup bersesak-sesak dalam perahu kecil semata-mata mahu ke Malaysia dengan meredah Teluk Bengal dan laut Andaman demi menyelamatkan diri dan iman.Dalam pelayaran itu adakala mereka ditangkap pihak berkuasa Thai,dan jika tidak bernasib baik mereka mungkin diperdagangkan.

Seperti yang kita tahu etnik ini dinafikan hak kewarganegaraan dan hak hidup sebagai manusia yang beragama oleh kerajaan junta Myanmar.

Namun begitu, masyarakat antarabangsa termasuk OIC tidak mengambil berat isu ini.Pelarian Rohingya ini dianggap seperti tidak lebih dari sampah yang mencemarkan persekitaran.Begitu juga dengan negara-negara Scandinavia yang dikatakan pendukung kuat hak pelarian tidak ambil kisah isu Rohingya ini.

Masalah lambakan pelarian Rohingya di Malaysia bermula sejak 90-an lagi. Kini golongan ini sudah menjangkau angka 14 ribu orang. Pelbagai cadangan dan usulan telah dibuat. Pernah, kerajaan pada tahun 2004 mengumumkan akan memberi taraf penduduk sementara untuk masyarakat Rohingya.

Di pihak kerajaan Myanmar rasanya, mujur besar jika Malaysia atau negara-negara jiran lain mengambil etnik Rohingya sebagai anak angkat. Kalau boleh mereka mahu menghambat semua etnik ini keluar. Oleh demikian adalah kurang bijak jika kerajaan mahu memberi status penduduk sementara. Ini akan menggalakkan lagi hasrat kerajaan Myanmar menghapus ''sampah'' ini.

Apa pun masalah Rohingya ini berpunca dari kerajaan Myanmar sendiri. ASEAN harus menyelesai isu ini di sana. Dengan kata mudah, jatuh kerajaan junta Myanmar pimpinan Janeral Than Swe. Bunyinya agak radikal.Kata lain, selagi kerajaan Junta masih dengan cengkaman militer, atau selagi mana demokrasi tidak tertegak di Myanmar, selama itulah hak-hak minoriti tidak terbela.Bukan bermakna sistem demokrasi itu agong tetapi sekurang-kurang ia boleh memberi suara kepada kaum minoriti dan juga menjadikan Myanmar lebih terbuka. Selama ini kita tidak tahu apa yang berlaku di Arakan sebenarnya.Lupakan dahulu andaian yang mengatakan Myanmar boleh hancur jika kerajaan tentera jatuh kerana terlalu banyak kelompok etnik-etnik yang berjuang untuk merdeka dari Myanmar.Itu hanya andaian dan ia dibuat oleh kerajaan junta sendiri.

Dalam beberapa tahun ini pun kerajaan junta semakin gusar akan kebangkitan demokrasi. Hingga membuatkan Jeneral Than memindahkan pusat kerajaan dari Yangoon ke Naypyidaw yang berjarak 400 KM.

Jeneral Than Shwe digambar sebagai '' janeral yang paranoid'' oleh Reporters Without Borders. Beliau sangat percaya dengan nujum. Mengikut kepercayaan kosmologi Burma, kejatuhan atau pusat ibu kota ditawan musuh, ini bermakna sesebuah kerajaan itu telah berakhir.Sebab itulah beliau memindah ibu kota.Inilah yang ditakuti Jeneral Than jika pendukung demokrasi menguasai ibu kota.

Tetapi sanggupkah negara kuasa besar datang dan menjatuhkan kerajaan junta ini yang takut pada bayang-bayang sendiri ini. Tidak rasanya.Apakah nilai kerajaan junta di mata masyarakat barat, negara-negara kuasa besar? Tentu nilainya jauh lebih murah berbanding Saddam Husein atau juga Taliban. Lagipun apa yang ada pada Myanmar,batu-batu permata?Atau, pohon-pohon jati?Beras?


Perilous plight: Burma's Rohingya take to the seas
By David Mathieson,
Human Rights Watch (Organization)



Monday, January 17, 2011

Biografi Kim Jung-il Akan Dibakar?


Lama dulu, Kim Jung-il Presiden Diktator Korea Utara antara pemimpin moden yang diminati saya. Ketika itu saya sangat mengagumi kediktatoran.Dan saya juga mahu jadi diktator.Saya rasa hebat jadi diktator. Masa itu saya masih kecil. Biasalah budak lelaki yang sentiasa tidak lepas berkhayal tentang perang, dan komando! Itu dulu. Ya, sekarang ini Kim Jung-il masih dalam radar saya, namun bukan pengagumnya. Tetapi hingga saat ini, sebuah buku khusus membicara sosok pemimpin keras kepala Korea ini belum pernah dibaca.Mungkin ini disebabkan oleh tidak ada sebuah buku samaada di Malaysia mahupun Thai dibukukan pasalnya.

Tadi selepas pusing-pusing di Google tentang Myanmar, terserempak dengan biografi Kim Jung-il dalam bahasa Burma yang ditulis penulis biografi popular negara separuh tertutup ini,Heinn Latt.Buku Kim ini menjadi kontroversi bila kedutaan Korea Utara mengambil beratus-ratus biografi pemimpin agung mereka dari pasaran kerana didakwa punya fakta yang tidal tepat dan mengelirukan.Hanya berapa naskah saja yang sempat terjual.

KIM JONG II: North korea's Dear Leader itulah judulnya jika diterjemah ke Bahasa Inggeris. Buku ini telah diluluskan oleh kerajaan Junta Myanmar untuk diterbitkan. Tertanya-tanya juga difikiran mengapa buku jenis ini dibenar diterbit di Burma. Pada saya mungkin, kerajaan Myanmar mendoktrin pembacanya supaya sedar bahawa ada lagi kerajaan lebih diktator dari Myanmar atau barangkali juga, untuk menyakinkan rakyatnya bahawa kuku besi atau kekerasan adalah penting untuk menjaga keutuhan negara bangsa dari dirasuk kuasa barat.Mungkin, mungkin, mungkin.

Seperti kata Hein Latt yang berniat agar penulisan biografi pemimpin dunia dapat dijadikan pelajaran buat bangsa Burma.
“My personal belief in writing biographies is that Burmese people can learn from the lifelong experiences of world leaders and take what they think is good and useful from them. Likewise, they can leave bad things behind. The younger generation should learn from those who love their country and people,” Kata Hein Latt.

Namun, tujuan 'baik' Hein Latt itu tidak difahami kedutaan Korea Utara atas kecurangan fakta yang terkandung dalam buku tersebut.Tindakan Kedutaan Korea Utara ini jelas menunjuk KiM adalah dewa, dewa buat rakyat Korea Utara yang tiada cacat-cela.Asas utama bantahan kedutaan Korea Utara adalah berkaitan dengan kesalahan fakta berkaitan struktur tentera darat Korea Utara.

Ini terjadi kerana Hein Latt memetik fakta-fakta bersumberkan Amerika, Bahasa Inggeris.
''Apart from my mother tongue, Burmese, the only foreign language I know is English. I therefore drew some of my information from two books about [Kim Jong Il] published in the US. The North Korean Embassy claimed that some facts in the two books I used as sources were not correct.''

Suka untuk disoal di sini, apa akan dibuat oleh kedutaan Korea Utara dengan buku-buku itu. Bakar?

Sumber; Irrawaddy