Showing posts with label Sejarah. Show all posts
Showing posts with label Sejarah. Show all posts

Sunday, February 8, 2009

Akan Mengenal Indonesia Lewat Swantoro

Sedang membaca buku ini, DARI BUKU KE BUKU--Sambung-menyambung menjadi satu karangan P. Swantoro.

Indonesia pada saya sebuah negara yang dikenali ketika kecil dahulu adalah satu tempat terhimpun segala misteri dan ilmu hitam. Saya biasa mendengar bomoh Siam kalah pada bomoh Jawa.Sejak kecil lagi timbul perasaan begitu dalam untuk mengetahui lebih tentang negara pulau ini.
Untuk itu saya sentiasa membaca apa-apa yang berkaitan Indonesia.Saya berkenalan dengan majalah TEMPO, GATRA,HORISON dan SABILI. Pada saya Indonesia lebih hebat dari Malaysia dari segi cara permainan bahasa. Ia membuatkan cara penulisan Indonesia tidak sekaku bahasa Melayu Malaysia..Maaf, jika ada orang tidak setuju.



Melalui buku ini Swantoro akan memandu kita melihat Indonesia sebelum dan selepas dilahirkan melalui pembacaan buku-buku sejarah hasil pengamatan para Indonesialis. Ia menarik walaupun berat, sejak mula lagi Swantoro membaca kita kepada kenangan masa lalu akan kecintaan beliau pada buku. Barangsiapa yang dulu pernah bersusah payah untuk mendapat bahan bacaan samaada kerana kekangan kewangan atau pun geografi pasti akan mengenang zaman sukar itu.
Beliau telah mengajak saya kepada kenangan itu,apabila beliau menceritakan warna berbalam-balam sentiasa hadir mengingatkannya kepada buku itu--buku yang berbahasa Belanda yang mempunyai jata-jata.Pencarian akan buku itu akhirnya berhasil ketika dilewat usia kini.

Saturday, January 10, 2009

Pengamatan Swettenham


Dengan ini orang Melayu dapat menyoal apakah semua perihal ini benar, jika benar apa yang patut dipertahankan dan yang patut ditinggalkan orang Melayu.

Cuba teliti pengamatan beliau ini tentang orang Melayu:

Dia orang yang berani dan amanah dalam menjalankan tugas, tetapi dia juga bersikap suka berbelanja, suka meminjam wang, dan lambat pula membayarnya balik. Dia petah bercakap, berkata-kata pujangga, suka berkelakar dan suka benar dengan jenaka. Dia mengambil tahu hal ehwal jiran tetangganya dan sebab itu kadang-kadang dia juga suka bercerita tentang hal orang.

Dan sambungnya lagi:
Dia pengikut Muhamad (SAW) dan percaya pada takdir, tetapi dia juga percaya kepada tahayul. Dia tidak pernah meminum sebarang minuman yang memabukkan, jarang-jarang sekali menghisap ganja. Tetapi, ia gemar berjudi, menyabung ayam dan permainan-permainan yang lain seperti itu.

Apa jarang-jarang hisap ganja? Sekarang ini anak-anak Melayu-lah yang paling ramai terjebak dalam najis dadah.

Lagi, cuba baca tentang amuk orang Melayu:

Jika dia merasa maruahnya dicemarkan, sama ada hal itu betul atau tidak, dia menyimpan dendam perasaan itu dalam hatinya sehingga dia betul-betul dihantui dengan niat untuk menuntut bela. Kalau tidak dapat dituntutnya ke atas orang yang menghinanya itu, dia menyerang sesiapa sahaja yang pertama ditemuinya, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Keadaan marah membabi buta inilah, iaitu bila matanya hanya ternampak darah, yang menimbulkan apa yang dikatakan amuk.

Pada kebanyakkan orang Barat, amuck atau amuk ini sinonim dengan Melayu. Apakah bangsa lain tidak terdapat penyakit gila ini? Itu, yang melepaskan bedilan di sekolah, universiti, pasar atau tempat awam di Barat.

Di atas adalah sebahagian cerapan Frank Swettenham terhadap Melayu, banyak lagi akan hal ini termasuk tentang raja dan diplomasinya, tentang panglima atau pembesar Melayu yang selalu berdendam, wanita Melayu dan percintaannya, dan berlibur cara Melayu.

Beliau juga meninggal pesan untuk Melayu: ..Pendidikan dan perhubungan dengan orang Barat akan mengubah semua ini, dan dalam kurun yang akan datang terdapat lebih banyak persamaan, dan kemungkinan budi bahasa dan persaudaraan akan berkurangan..

Turut dirakam Swettenham ialah sikap orang Melayu pada Kristian. Ada diceritakan seorang paderi yang bersemangat menceritakan tentang Kelahiran Yang Suci kepada seorang Melayu yang mendengar hingga habis syarahan paderi itu. Selepas itu, kata orang Melayu tersebut,

'' Kalau perkara yang sama terjadi pada isteri saya, maka saya bunuh dia.''

Semua pengamatan ini dapat ditulis disebabkan penguasaannya terhadap bahasa Melayu dan budaya hingga dianggap sudah '' masuk Melayu''. Dengan itu beliau diminati raja Melayu kerana ketinggian diplomasinya.

Oleh itu, jika diteliti cara beliau menyampai pemahamannya tentang Melayu wujud keseimbangan antara yang positif dan negatif. Tidak terasa sangat ia satu serangan kepada orang Melayu. Memang membaca anekdot-anekdot ini memberi banyak rasa terhibur berbanding rasa menyampah apatah lagi marah. Sampai boleh membuatkan kita ketawa. Benar, kata Swettenham berkelah atau berlibur cara Melayu sangat meletihkan. Letih, kerana terlalu banyak aktiviti ketawa atau gelak.

Monday, November 3, 2008

Kenangan Alhambra



Mulanya, bila memegang Alhambra rasa skeptikal datang -- takut-takut apa yang dinukil Washington Irving ini satu cubaan menghina empayar Islam di Sepanyol. Rupanya ia jauh meleset.

Saya dibawa Washington melayang jauh ke abad lain, bersama-sama mengembara;tunggang keldai, jumpa perompak, berramah-tamah di jalanan, berkenal dengan sisa-sisa kerabat ,tidur dalam gubuk tinggalan kemewahan dahulu dan akhirnya sedih melihat kembali Alhambra hari ini.