
Kenyataannya aku suka makan bubur. Aku juga suka baca buku.
Kalau aku makan bubur pulut hitam, aku tidak akan makan nasi.Kalau aku makan nasi tidak semestinya aku tidak makan bubur.Itulah bubur kegemaranku selain nasi air;aku suka makan yang lembik-lembik.
Tengahari tadi aku makan bubur di KB Mall. Seperti mata-mata hairan memandangku, kerana aku seorang yang memesan bubur dan milo ais.Pelik?Tak kelas makan bubur!Buat malu makan bubur! Aku selalu dengar orang berkata begitu.Aku tidak kisah.Aku tetap makan bubur.Bubur pulut hitam.
Hari ini aku beli karipap, Karipap-Karipap Cinta.Setelah aku dengar-dengar karipap ini sedap,dan lain.Aku tidak percaya. Jadi aku perlu cuba.Cuba banding dengan bubur.Yang mana lebih sedap, Bubur atau Karipap-Karipap Cinta?
Bubur disuap sesudu..ummp...sedap.Milo ais disedut.Lega! Karipap-Karipap Cinta dibelek muka pertama.Ada bait-bait lagu.Aku hindar, aku belek lagi.Dan....
Namanya Ali.Lelaki yang suka bangun lewat. Serumah dengan kawan bernama Rambai.Ali kerja sebagai wartawan di akhbar Wadah Rakyat.Hari-hari dia kena marah sama bos,Datuk Razali Sunari, seorang ahli politik, kerana datang lewat.
Selepas itu aku mahu tergelak. Kah, Kah,Kah,Kah.Akhbar Wadah Rakyat betul-betul mengingatkan aku sebuah syarikat penerbitan akhbar dan seterusnya majalah yang beroperasi di Kota Bharu.Kelakar sungguh syarikat ini.Syarikat akhbar itu menerbit akhbar politik, tapi jualannya teruk.Pengusaha tetap tidak berputus asa, dia mempelbagai lagi produk. Kali ini dia menerbit majalah pula, majalah berunsur Islam.Dan dipendekkan cerita, semuanya sudah lingkup.Suatu hari kawan aku kata, aku ada jumpa pereka grafik surat khabar W***H, sekarang dia jadi jaga di hospital.
Aku jadi tertanya, mengapalah tuan punya syarikat itu tidak terbit majalah hantu seperti Datuk Razali yang menerbit majalah, Misteri dan Hantu untuk terus bernyawa.Akhbar politik hanya panas dekat atau baru lepas pilihanraya!
Ali terpesona dengan rakan tempat kerja Rambai. Seorang gadis bertudung litup. Namanya Sarah, kata Rambai.Sarah oh Sarah, Ali jadi tergila-gila.Satu hari, Ali ternampak Sarah sedang menunggu untuk melintas. Ti
ba-tiba beg tangan Sarah disambar peragut.Hah, apa lagi Ali pun beraksi.Ali kejar, dapat, pukul, rebah peragut dan berangan-angan.DAP!Hinggap di muka Ali.Sedar-sedar aku sudah baca sampai bab lima.Tahu-tahu, aku lihat Ali sedang berbual dengan Sarah di kedai mamak.Ali perhati Sarah makan karipap sampai empat biji.
Medan selera riuh dengan lelaki dan perempuan,ada yang berpasangan, ada suami isteri, anak-anak, ada yang solo macam aku,dan pekerja pencuci lantai.Aku mula makan bubur.Sungguh, Karipap-Karipap Cinta membuat aku lupa sebentar pada bubur.Karipap-Karipap Menang!Insya-Allah, petang ini lepas asar, aku akan menyambung baca lagi di Stesen Keretapi Wakaf Bharu.Harap-harap petang ini tidak hujan.
Bubur juga menang!Habis aku makan.
Kalaulah selalu hari-hari begini aku lalui; keluar rumah, berbual di kedai kopi(kan kita hidup bermasyarakat), pergi kedai buku, makan bubur, dan baca buku.
Esok kerja!
Karipap-Karipap Cinta
Nazri M. Annuar
PTS Fortuna
RM 14












