Thursday, July 16, 2009

The Alchemist: Tanda dan Lambang

Saya baru membaca buku Paulo Coelho, memang agak terlewat buat pembaca buku tegar. Entahlah, mengapa saya tidak tertarik untuk membaca karya beliau sebelum ini. Mungkin, saya ini terlalu melihat penulis-penulis India atau pemenang Nobel. Novel ini, The Alchemist, saya baca secara perlahan-lahan, takut cepat habis. Berikut adalah kata hati saya pada The Alchemist.Hanya kata hati saya.Tidak lebih.

*************************************************************************************
Dari yang mudah-mudah atau biasa-biasa, suka benar ia susah-susahkan. Bak tali lurus, ia dipintal, dibelit-belit, diputar, dilingkar dan disimpulkan adakala sampai mati, tetapi membiarkan ia terburai di hujungnya. Barangkali inilah kerja sasterawan.

Begitu jugalah anggapan saya pada The Alchemist. Asas jalan ceritanya hanya ingin menyatakan perasaan percaya pada diri sendiri, walaupun bermula dari mimpi dan berusaha mencapai impian itu. Juga cerita tentang angin dan matahari beradu yang sudah kita dengar sejak sekolah lagi, dihidupkan dengan cara beliau sendiri. Mujur, Caelho tidak bertanya terus pada si Pencipta, mungkin rasa Katholik masih menebal dalam dirinya.

Di tangan Paulo Caelho, ia tidak memudahkan perjalanan budak bernama Santiago itu.

Keinginan Santiago menjadi pengembara membuatkan ia menjadi pengembala. Dan,Caelho meniup mimpi kepadanya tentang harta-harta karun di piramid.Setelah itu,budak itu mendatangi wanita gipsi akan mimpinya itu.
Seterusnya, Caelho menghantar raja tua pula. Dari sinilah, pengembaraan budak itu bermula. Ia meninggalkan Andalusia ke seberang benua Afrika, dirompak, bekerja di kedai kristal, berkaravan ke Mesir , demi mencari harta karunnya itu.Dan bertemu seorang Inggeris. Lalu ia bertemu dengan Fatima, gadis gurun dan jatuh hati. Barulah ia berjumpa dengan ahli kimia.

Namun, perjalanan seperti ini hanya boleh didapati dalam mimpi sahaja. Tidak di alam realiti. Perjalanan yang penuh dengan tanda-tanda dan lambang-lambang ini.

Pun begitu, perlambangan itu, sesetengahnya, seperti atau ke arah menodai agama Islam dan Allah sendiri jika di baca selapis.
Secara tidak langsung memperlihatkan sikap Caelho kurang senang dengan Islam atau arab.

Tulis tentang perang kabilah,'' Perang ini mungkin berlarutan lebih lama, mungkin setahun. Kedua-dua pihak sama kuat dan perang ini sangat penting kepada kedua-duanya. Ia bukan perang antara baik menentang jahat.Ia merupakan perang antara kuasa yang berjuang kerana keseimbangan kuasa.Apabila perang begini berlangsung,ia lambat berakhir -- because Allah is on both sides.''

Itulah penulis Brazil ini. Akhirnya, beliau menutup dengan, '' I'm coming , Fatima.''

Saya juga Fatima. Tapi tunggu. :)

*The Zahir sedang menunggu saya.

No comments: